#GempakMuzik : Kuasa Lagu Nyanyian Semula
Asraf Aided
08/02/2021 13:02 MYT
08/02/2021 13:02 MYT
Kita asyik meminati sesebuah lagu sehingga adakalanya, tidak menyedari ada lagu yang dipinjam atau dinyanyikan semula oleh penyanyi lain.
Dalam kemunculan sulung #GempakMuzik hari ini, penulis akan menyenaraikan lagu-lagu nyanyian semula yang mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan penggemar muzik tanah air.
Tudung Periuk
Lagu ini sedang popular dan menjadi kegemaran ramai. Keunggulan nama Dayang Nurfaizah tidak dapat disangkal lagi, vokal dan aura penyampaiannya mampu mempersembahkan semula lagu nyanyian asal Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma ini dengan cemerlang.
Tudung Periuk dimuatkan dalam album terbaru Dayang yang dijudulkan sebagai Belegu. Album studio kesembilan Dayang ini membuka tirai 2021 dengan barisan lagu Melayu klasik malar segar.
Antara lagu lain yang dimuatkan adalah Jikalau Abang Merindu, Malam Ku Bermimpi, Kenang Daku Dalam Doamu dan banyak lagi.
Empat Dara 2020
Lagu Empat Dara yang asalnya dicipta oleh seorang penggiat Ghazal, Ahmad Yusoh dinyanyikan oleh ramai penyanyi terkenal antaranya Allahyarham Datuk Sharifah Aini dan Noraniza Idris.
Tahun lalu, Elly Mazlein, Faizal Tahir dan Zizi Kirana tampil dalam versi mereka sendiri yang dinamakan Empat Dara 2020. Dalam versi ini, elemen moden dan jenaka diterapkan sesuai citarasa peminat masa kini.
Setakat artikel ini ditulis, tontonan video muzik Empat Dara 2020 telah mencecah lebih 10 juta tontonan di YouTube.
Kamelia
Sudah tentu ramai yang tahu lagu malar segar nyanyian kumpulan Sweet Charity ini, apatah lagi vokal serak basah Papa Rock Datuk Ramli Sarip menguatkan lagi lagu ini.
Kamelia terdahulunya dinyanyikan oleh penyanyi terkenal Indonesia, Ebiet G. Ade, cuma dalam versi Sweet Charity, cara nyanyian diubah sedikit kasar, ejaan judulnya pula ditukar daripada Camelia 2 kepada Kamelia.
Tiada Lagi
Umum mengetahui lagu Tiada Lagi dinyanyikan oleh Amy Search dan dimuatkan dalam album solonya, Suatu Masa pada tahun 2000.
Namun tidak ramai yang tahu lagu ini sebenarnya dinyanyikan semula oleh lagenda rock tanah air ini, ia dipinjam daripada penyanyi Indonesia, Mayangsari yang menyanyikannya dahulu pada tahun 1998.
Kasih
Nama Hetty Koes Endang tidaklah asing di Malaysia. Hetty berjaya meluaskan sayap kerjayanya di negara ini selama bertahun-tahun, penyanyi senior berbakat ini juga sering muncul menjurikan beberapa musim program Gegar Vaganza.
Kasih merupakan lagu Hetty yang sinonim dengan kita semua. Lagu ini sering dimainkan di pelbagai acara, restoran dan bistro sekitar ibu kota. Namun, mungkin tidak ramai yang tahu lagu ini pada asalnya milik Ermy Kullit yang dihasilkan pada tahun 1986 dalam irama bosanova.
Hetty merakam lagu ini pada tahun 1987 dalam versi keroncong, ia tidak lekang dari nama Hetty Koes Endang sehingga kini, malah, penulis sendiri pernah menyanyi santai lagu ini bersama Hetty ketika bertemu dengannya dua tahun lalu.
Demikianlah lima lagu nyanyian semula yang popular dan diminati ramai. Apa yang penting, naskah asal lagu-lagu yang disenaraikan ini sememangnya kuat dan disampaikan dengan sempurna oleh pelantunnya.
Topik apakah yang akan dibincangkan dalam #GempakMuzik minggu hadapan? Nantikan!
Kredit Foto : Instagram (Dayang & Hetty), Harian Metro (Sweet Charity), Sensasi Selebriti (Amy Search) & YouTube (Elly & Zizi)