Tahun 2020 pastinya menjanjikan pengalaman terbaik termasuklah barisan filem-filem antarabangsa yang bakal menjengah pawagam berdekatan anda.

Walaupun ada berpuluh-puluh filem terbaik yang akan ditayangkan, ini 10 filem yang anda harus tonton pilihan Gempak.

Tandakan kalander anda, siapkan bertih jagung, jangan lepaskan peluang menonton 10 filem hebat ini!

1. Fantasy Island (14 Februari 2020)


Percutian di sebuah pulau mewah bertukar mimpi ngeri buat pengunjung apabila semua impian rahsia mereka menjadi realiti. Semua pengunjung perlu merungkai misteri yang berlaku supaya mereka boleh menyelamatkan diri.

2. A Quiet Place: Part II (20 Mac 2020)


Filem sekuel yang paling dinantikan pada tahun 2020, filem A Quiet Place 2 mengisahkan keluarga Abbott terpaksa bertarung nyawa demi menyelamatkan diri mereka daripada serangan daripada makhluk asing.

3. Mulan (27 Mac 2020)


Menjadi antara puteri Disney kegemaran ramai, Mulan mengangkat kisah perjuangan seorang gadis yang sanggup berkorban demi keluarga tercinta. Selepas 20 tahun, Mulan kembali dalam versi ‘live action’ dalam usaha menyelamatkan keluarga dan tanah air.

4. No Time to Die (8 April 2020)


Daniel Craig kembali dengan 007! Mengisahkan Bond yang telah meninggalkan kerjaya sebagai perisik berkhidmat semula untuk membantu rakan lamanya. Kali ini perjalanan James Bond lebih dashyat dalam menumpaskan musuh terbaru, Safin lakonan Rami Malek.

5. The New Mutants (3 April 2020)


Lima mutan remaja ditahan di dalam sebuah akademi rahsia tanpa kerelaan mereka. Mereka mula merungkai kelebihan dan kuasa masing-masing dan cuba keluar daripada pusat tahanan tersebut.


6. Black Widow (1 Mei 2020)


Scarlett Johansson kembali semula sebagai Black Widow. Di dalam filem prekuel ini, Natasha bersatu semula dengan keluarganya untuk berdepan dengan penjahat Taskmaster pada satu misi masa lampaunya.


7. The Woman in the Window (15 Mei 2020)
Seorang wanita yang berdepan fobia terhadap kawasan luar dan orang ramai megintai jirannya yang baru berpindah menerusi tingkap apartmentnya. Namun, kisah bertukar misteri apabila dia menyaksikan sebuah pembunuhan. Bergenre psiko triller, file mini dibintangi pelakon hebat seperti Amy Adams, Julianne Moore dan ramai lagi.


8. Wonder Woman 1984 (5 Jun 2020)


Kehadiran Steve Trevor dalam trailer Wonder Women 1984 sangat mengejutkan! Apa cabaran yang perlu Diana Prince lakonan Gal Gadot hadapi? Filem ini turut menampilkan sut terbaru Wonder Woman yang digelar Golden Eagle Armor.


9. The Conjuring: The Devil Made Me Do It (11 September 2020)


Pengamal perubatan paranormal Ed dan Lorraine Warren kini perlu menyelesaikan satu kes sensasi dalam fail simpanan mereka. Lebih daripada apa yang mereka bayangkan, kuasa jahat kali ini lebih mencabar dan luar biasa!


10. The Eternals (6 November 2020)


Filem kedua dalam fasa ke-4 Marvel Cinematic Universe ini mengisahkan The Eternals mempertaruhkan pelakon hebat seperti Angelin Jolie, Salma Hayek dan ramai lagi.