Drama bersiri web karya Gempak Studios, Gempak Original Series - DUA The Series berjaya meraih Emas untuk kategori Best Use of Branded Content di Malaysian Media Awards 2019!

Meraih anugerah anjuran Media Specialists Association, DUA The Series menampilkan lakonan Sweet Qismina, Ben Amir, Sharifah Sakinah dan Scha Alyahya.



DUA The Series yang ditayangkan sebanyak empat episod di laman web duatheseries.com.my menceritakan tentang seorang gadis bernama Luna (Sweet Qismina) yang sangat mementingkan kesempurnaan dalam setiap kerja yang dilakukannya.

Dia mempunyai impian untuk melancarkan jenama pakaiannya tersendiri iaitu DUA dengan sokongan daripada kakaknya iaitu Amelia (Sharifah Sakinah) dan pereka web yang baru diambil bekerja iaitu Daniel (Ben Amir).

Apa yang Luna tidak tahu tentang Daniel ialah dia merupakan adik kepada Daniella (Scha Alyahya), musuh ketat mereka yang selama ini cuba untuk menjatuhkan DUA Fashion House.

Tahniah kepada rakan penaja untuk drama bersiri ini iaitu OLDTOWN White Coffee and team produksi Gempak Studios untuk pencapaian ini!

Drama ni memang best! Nak layan semua 4 episod drama ni jom ke duatheseries.com.my sekarang!