Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#GempakSihat: Makan Tak Ikut 'Timing' Bukan Punca Sebenar Gastrik? Tapi Ini 5 Gaya Hidup Cenderung Kepadanya!

Syafiqah Jalal
03/08/2023 04:34 MYT
Kebiasaannya ramai yang mengaitkan sakit gastrik berpunca dari kerana lewat makan atau makan tidak mengikut masa yang betul. Namun sejauh mana kesahihannya itu?

Seorang pengamal perubatan yang dikenali sebagai Dr Hafiz Sulaiman menerusi akaun Instagram miliknya memberitahu makan tak mengikut masa hanya pencetus kepada sakit gastrik.

"Asid kena isi perut sebab lapisan pelindung rosak. Ini sebab sakit gastrik. Tapi bukan punca sebenar," katanya.

Tambahnya, punca sebenar rosak mungkin disebabkan gaya hidup tidak sihat.

Berikut merupakan 5 gaya hidup tidak sihat yang menjadi punca gastrik:

#1 Pemakanan merosakkan lapisan perut.

- Jajan & makanan dalam pek.

- Ketagih makanan gandum, bergoreng & pedas-pedas.

- Ketagih kopi, ketagih gula.

- Ketagih rokok & alkohol.

#2 Tidur lewat. Tidur tak berkualiti. Siang tak aktif dan tak terdedah matahari. Sel perut & kuman perut pun jadi stres.

#3 Tekanan stres emosi yang tinggi. Emosi toksik. Hubungan toksik. Bila emosi stres, perut jadi radang dan rosak. Boleh jadi ulser perut dinamakan "stress ulcer".

#4 Bahan toksin persekitaran seperti minyak wangi, petrol, bahan plastik yang luluh boleh merosakkan sel perut.

#5 Sakit kronik, pembedahan besar, jangkitan kuman juga berisiko menyebabkan badan stres dan perut terkesan negatif.

Justeru sangat penting mengamalkan haya hidup sihat untuk mengelak pelbagai penyakit yang memudaratkan tubuh badan.

#makan #Punca #Gastrik