#GempakSihat: Perbezaan Simptom Demam Biasa Dengan Demam Influenza, Ini Tip Elak Jatuh Sakit
Syafiqah Jalal
07/08/2023 06:22 MYT
07/08/2023 06:22 MYT
Serangan virus Influenza kini kembali meningkat dan ramai sudah mula peka ia salah satu penyakit yang bahaya selepas Covid-19.
Namun tidak semua sedar sebenarnya terdapat perbezaan simptom di antara demam biasa dengan demam virus ini.
Seorang pengamal perubatan Dr Hafiz Sulaiman berkongsi perbezaan serta solusi atau lengkap yang boleh diambil apabila dijangkiti virus ini.
1) Demam virus biasa (common cold) ni biasanya demam batuk, selesema boleh berlaku sepanjang tahun.
Solusi: Tak perlu risau. Tak perlu antibiotik. Perhatikan suhu jika demam..jika lebih 3 hari bawa ke klinik. Jangkitan ini pulih sendiri biasanya dalam beberapa hari.
2) Demam virus influenza ni bermusim tetapi berlaku setiap tahun. Demam tiba-tiba..badan sakit dan lemah. Demam ini boleh berlarutan sehingga 1-2 minggu.
Solusi: Jika ada tanda demam dan sakit badan teruk, segera ke klinik. Doktor mungkin bagi antiviral jika perlu..ubat ni berkesan diberi awal sakit sahaja (48 jam).
Menurut Dr Hafiz sebaik-baiknya mencegah lebih bagus daripada mengubati dan dia telah berkongsi enam amalan untuk menjaga kesihatan supaya dijauhi penyakit.
#1 Jangan amalkan minum manis
- Elakkan makananan dan minuman manis dan juga bergas
#2 Minum air bertapis
- Air bertapis sangatlah baik untuk kesihatan badan.
#3 Tidur awal
- Sangat-sangat penting untuk imuniti yang mantap
.
#4 Jaga emosi
- Elak kumpulan manusia toksik. Jika media sosial juga toksik, UNFRIEND...BLOCK atau LEFT GROUP
#5 Bersenam waktu pagi
- .Dedahkan diri kepada matahari pagi untuk boost imuniti dan mood
#6 Ambil suplemen
- Ambil suplemen yang wajib. vitamin C, vitamin D, prebiotik, probiotik, healthy fats dan natural detoks.
Seeloknya kita berusaha dan berdoalah supaya dijauhi penyakit selebihnya berserah kepadaNya.