#GempakSpot: Antara Konspirasi Kerajaan & Emosi Rakyat Tak Dapat Balik Raya
Maliah Surip
10/05/2021 14:50 MYT
10/05/2021 14:50 MYT
Segerombolan rakyat Malaysia khususnya umat Islam sedang berduka. Bahasa pasarnya, tengah hati panas, emosi tak stabil dan memberontak apabila kerajaan mengumumkan perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kebanyakan negeri, hanya beberapa hari sebelum Syawal menjelang.
Ramai yang sudah tidak boleh tahan dan bertoleransi. Apa lagi ini tahun kedua, kegembiraan dan keinginan untuk menyambut Lebaran bersama keluarga tercinta di kampung halaman masing masing tidak termakbul. Semuanya gara gara pandemik COVID 19 yang tak juga kunjung 'pulang', tetapi semakin meruncing sehingga mencecah hampir 5,000 kes baru baru ini.
Ibu bapa menangis, remuk hati. Anak anak kesal, malah beberapa hari ini media melaporkan banyak kes nekad redah balik kampung sehingga tahap menipu surat rentas selain beribu kenderaan diarah patah balik. TAK BOLEH RENTAS. TAK BOLEH BALIK KAMPUNG BERAYA DENGAN IBU BAPA. DUDUK RUMAH DIAM DIAM. Begitu amaran dan larangan yang diberikan kerajaan kepada kita semua.
Petang tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19 mengatakan kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei ini sehingga 7 Jun depan.
Beberapa syarat termasuk tak boleh ziarah kubur atau kunjung mengunjung selain kapasiti dalam sesebuah kenderaan juga ikut diumumkan. Sungguh, ia bukan sebuah pengumuman yang membahagiakan.
Panas hati makin terbakar besar. Ada yang memberi reaksi spontan; 'Membongak aja', 'Oh No' dan macam macam lagi.
Sehingga ada segelintir yang menconggak dan mula berasa semua larangan yang perlu dipatuhi termasuk angka positif COVID 19 yang mendadak naik di Malaysia hanya 'wayang' dari orang atasan dan kerajaan.
Malah ada yang menyindir ini permainan politik. HARI RAYA TAK BOLEH BALIK, PILIHANRAYA NANTI BOLEH. Begitu, muak dan bengkek hati betul apabila kena terpuruk lagi di rumah dan tidak bebas seperti sebelum pandemik ini melanda dunia.
Tak kurang juga yang masih menyalahkan golongan kayangan yang sebelum ini bebas ke sana ke mari merentas negeri sedangkan ramai rakyat marhaen mematuhi prosuder yang ditetapkan untuk memastikan virus yang berasal dari Wuhan ini mampu disingkirkan.
Antara tujuan semua marhaen ini termasuk saya adalah jika tak boleh membunuh, mengecilkan lingkaran COVID 19 agar kita dapat pulang berhari raya. Namun, itu hanya ilusi, sebuah harapan yang diangankan dalam minda sendiri dan bagi mereka yang peduli serta punya harga diri untuk mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan.
Pada saat banyak yang mengecam kerajaan, ada juga yang lupa melihat tindakan diri sendiri.
Menjadi pemberontak. Memberikan informasi palsu. Menyebarkan berita tak sahih. Macam macam ada. Hanya mungkin kita selalu terlupa melihat diri sendiri daripada menyalahkan orang lain.
Kerajaan ini ibarat mak bapa kita secara amnya. Saya percaya, kalau mak bapa larang kita berbuat sesuatu yang boleh memudaratkan, ikut sahajalah. Sebab mereka sayang kita. Kita anak mereka, jadi tak ada ibu bapa yang mahu anak tercedera.
Sama macam apa yang sedang diusahakan kerajaan sekarang ini. Saya bukan nak menyebelahi kerajaan, saya ini marhaen yang juga semasa menaip artikel ini tengah tahan air mata sebab tak dapat balik beraya jumpa mak abah yang sudah uzur. Dada punya nak pecah tahan bengang, Allah saja yang tahu. Mujur, puasa.
Hilang satu seri saya sebagai anak bila tak dapat tatap wajah mak ayah. Bimbang tahun depan entah saya atau mak bapa, adik beradik yang tak panjang umur. Tak tahu dapat jumpa ke tidak di padang Mashyar nanti.
Tapi macam saya kata tadilah. Setiap larangan pasti ada kebaikan dan hikmahnya. Cubalah kita berfikir rasional dan berdoa banyak banyak. Bak kata pembaca berita Awani pun, jangan letak otak di lulut atau pemberita BERNAMA berkias membeli cincau sampai ke Melaka, tapi akhirnya tetap membawa duka.
Sabar ya wahai semua rakyat Malaysia. Selamat Hari Raya Aidilfitri yang kosong jiwa dan rasa. Maaf Zahir Batin. Semoga Allah memberi kita ganjaran dari semua dugaan yang diberikan. Amin.
Pandangan dan pendapat penulis adalah karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot.
Kredit Foto: Sinar Harian