KESIHATAN | HEALTH

#GempakSpot: "Bergenang Air Mata Tengok Dia Macam Tu. Kalau Aku Boleh Ganti Tempat Dia, Memang Aku Akan Ganti"

Gempak Spot 27/10/2020 | 02:00 MYT
Kisah ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @_NazriH mengenai pengalaman menjaga isterinya sebelum dan selepas bersalin. Kisah yang boleh menjadi panduan pada semua.
Masih terngiang ngiang masa dalam Labour room. Doktor cakap macam ni, “Push dik, boleh lagi ni, boleh bersalin secara normal...”
Masa tu wife aku sangat lemah. 24 jam rasa contraction. Muntah. Takleh nak makan. Minum air masak je. Pastu badan tiba-tiba panas. Nurse cakap dia nak demam.
Aku bisik dekat wife masa tu, “You larat lagi tak nak push ni?”
Wife aku try juga berkali-kali. Aku pun ikut push sama. Tak pernah aku tengok dia selemah itu.
Bergenang air mata tengok dia macam tu. Aku rasa kalau boleh switch untuk ganti tempat dia, memang aku akan ganti.
Waktu tu aku pun push sekali. Siap teran sekali weh.
Rasa mcm bongok pulak. Aku pergi push bukan boleh support baby tu keluar pun.
“Ok babe... tarik nafas... PUSHHHH! Tarik nafass.... and PUSHHHH! Haa bagus... maintain macam tu... kita try lagi...”
Sampai lah satu tahap aku tanya dia lagi sekali, “You larat lagi tak nak push? If tak larat bagi tahu i. Jangan paksa.”
Wife aku geleng kepala. Dia memang tak larat dah.
Aku terus cakap dengan dokctor, “Doctor terus czer je lah. dia tak larat dah.”
“Tak nak try normal ke? Boleh lagi ni, sayang dah ada laluan.”
“Takpe doctor, czer je. Dia betul tak larat. Saya tahu wife saya.”
Pastu doctor pun tak ada cakap banyak bila aku dah cakap macam tu. Sebab dia pun tak nak delay. Sebab air ketuban pecah lama dah. Takut baby boleh lemas.
“Ok lets proceed to OT room”
So time tu aku cakap dengan korang. Sumpah weh. Air mata ni nak keluar macam air paip.
Ni Haa gambar mak mertua aku sempat amek masa aku tengah tolak wife aku keluar dari Labour Room untuk pergi ke OT Room (Bilik Pembedahan).
Pernah tak rasa yang nak nangis gila-gila tapi kau tahan? So kau macam tarik nafas banyak kali bagi air mata tu masuk balik. Haaa macam tu lah.
Sebab tak nak lah bagi wife kau panik. Tak kena lah aku menangis kat situ sedangkan aku dok cakap kat dia “Relax babe, relax... u kena kuat...”
Hahhaa...
So masa tolak dia tu dia tenang je sebab kesan daripada Epidural untuk bagi hilang rasa sakit bersalin.
And Alhamdulillah lebih kurang 30-45 minit macam tu kot. Aku pun tak ingat sebab suami tak boleh masuk.
Aku pun duduk kat luar mengenang nasib. Apa lah nak jadi. Dok borak dengan pak & mak mertua aku pengalaman aku dalam Labour room.
Pastu nurse pun panggil, “encik isteri dah keluar”
Aku pun pergilah sambut isteri aku.
Keluar je dari OT room tu. Wife aku ada atas trolley tu lagi. Aku pegang dia. Dia pandang aku and dia cakap, “Babe... i miss you...”
Happy weh tengok dia time tu.
So lepas bersalin tu dia tak boleh nak bangun mandi ke apa. Memang semua aku yang uruskan. Jangan tanya macam mana. Struggle weh nak angkat, tukar pampers, nak shampoo rambut dan lain-lain.
Nanti korang rasa lah sendiri pengalaman korang.
Wife dah selamat. Anak pun selamat dilahirkan. Dah settle semua tengok bini pun dah tidur. Anak nurse tolong jagakan. Aku pun apa lagi.
Nahhhhh:
Aku pun tak tidur weh dok teman wife aku takut tetiba nak beranak. Tengah-tengah malam sakit, panggil nurse mintak inject ubat tahan sakit.
Pastu tidur kejap, wife kejut cakap air ketuban pecah. So standby je lah sebelah wife dekat kerusi biru tu kalau apa-apa jadi.
Bila dah penat sangat duduk, aku bentang sejadah kat tepi katil tu. Aku baring je terus atas lantai tu.
Barai weh. Hahahah. Dah macam security dah kat situ. Nak main phone pun dah sampai tak ada selera nak main.
Lepas bersalin tu anak aku masuk NICU.
Doctor kata ada masalah pernafasan. Aku rasa sebab kesan EPIDURAL. Doctor tak kata sebab tu. Dia kata normal kalau baby baru lahir ada problem pernafasan. Takkan dia nak cakap sebab tu pulak kan.
Nasib sebelum tu aku ada baca dulu kesan selepas EPIDURAL, kesan lepas bersalin czer dan lain-lain. Sebab nak ready mental siap kalau apa-apa jadi. Sebab apa-apa wife aku akan tanya aku. Hahahah. So aku je lah jadi dia punya palatao.
Ada few article jugak aku rujuk memang kata akan kesan pada bayi.
So ni lah anak aku masa baru lahir tu. Dia bagi bapak je masuk tengok.
Aku cakap nak amek gambar. And diorang bagi.
Kaki penuh cable and kat hidung pakai alat bantuan pernafasan. Sampai melecet jugak lah hidung anak aku.
Lepas 2 hari macam tu baru anak aku boleh keluar dari NICU. Nah tengok hidung dia. Ada kesan luka daripada pakai alat bantuan pernafasan tu.
Time ni lah first time dapat dukung baby. Kalau tak tengok dia dalam incubator tu je.
So Alhamdulillah semuanya selamat. Lepas beberapa hari kesan luka pun hilang. Wife aku pun sihat. Tak ada jahitan terbuka ke apa.
Sebab kita kenalah jaga wife tau. Jangan biar dia buat kerja lasak-lasak. vacuum rumah, basuh baju, lipat baju, bangun malam etc. Wife bangun makan dan susukan anak je.
Tapi dah lama-lama tu, wife aku je yang bangun malam. Aku pulak tidur. Hahahahaha.
Okay lah itu sahaja thread daripada aku yang nak cerita dari haritu. Tak cerita lagi.
Kredit Gambar: @_NazriH
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @_NazriH dan mendapat lebih 11,000 Retweet dan hampir 10,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot
#Anak #Isteri #GempakSpot