Skip to main content

Kesihatan/Kesejahteraan

#GempakSpot: "Rasa Kecewa, Saya Capai Gunting Dan..." - Doktor Merawat Pesakit Covid1 19 Kongsi Sekilas Kisah

1.jpg
Seorang doktor yang merawat pesakit Covid- 19 di Hospital Sungai Buloh, Selangor, berkongsi secebis kisah hidup yang dilaluinya. Faiqah Nastasha berkongsi di laman Facebook miliknya.

Ini adalah saya. Cuba untuk mencari sesuatu yang boleh membuatkan saya tersenyum dalam suasana pandemik yang sangat mengecewakan ini.



Kami wajib memakai PPE ini apabila bertemu pesakit Covid. Masuk isolation room kena pakai. Keluar Isolation room, cabut dan buang. Kemudian terus mandi.

Hari ini sahaja sudah lebih lima kali mandi, sebab saya masih EBM (Expressed Breast Milk). Saya ada anak berusia lima bulan di rumah dan masih menyusu badan.

So I'm super paranoid and thus mandi everytime sebelum my 4 hourly EBM. Can imagine?

Jadi, kerana rasa kecewa, saya ambil gunting dan potong rambut saya. Kenapa? Sebab tak sempat nak kering walaupun ada pengering rambut.

Its horrible and I look like Ronald McDonald. But I have awesome self confidence to pull it off.

Balik rumah, Khairi (suami) nampak keadaan rambut saya. He pulled me close, give me a hug and said,

"You botak macam mana pun, I tetap sayang you." In front of Haris and Nayla (anak-anak).

Beberapa minit kemudian, ketika tengah pakaikan baju untuk Haris, dia cakap,

"Rambut mummy silly! Tapi mummy cantik. Tapi Haris sayang mummy."

Kredit Gambar: Facebook Faiqah Nastasha

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Facebook Faiqah Nastasha dan mendapat lebih 8,000 perkongsian, lebih 5,000 komen serta lebih 31,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]

Must-Watch Video

Advertisement