Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2019 (KLFW2019) yang mula berlangsung pada 21 Ogos lalu telah melabuhkan tirainya malam tadi selepas ditutup oleh pertunjukan dari Syomirizwa Gupta.

Platform Gempak dan HLive! dipilih selaku penyiar rasmi acara kegemaran pencinta fesyen itu.

Kali ini, ruangan Gempak Spotight menampilkan lima model laris atau selayaknya dilabel 'it model' di pentas KLFW 2019.

Alicia Amin



Alicia atau nama popularnya di laman Instagram, @hangriii bukan lagi satu nama asing dalam industri fesyen. Alicia mempunyai 'signature' tersendiri ketika berjalan di pentas pertunjukan fesyen.

Alicia juga kelihatan sesuai mengenakan pelbagai gaya bukan sahaja di pentas fesyen, malah turut kelihatan menawan di acara-acara lain di ibu kota. She's fierce, she got that attitude!

Afeq Saad



Nama Afeq kini semakin melonjak dalam bidang peragaan tempatan. Bernaung di bawah Topboi Citizen yang dimiliki oleh jurugambar terkenal Ridduan Ismail (ttfga), aura Afeq di pentas peragaan tidak pernah mengecewakan!

Hidayah Baharudin



Model di bawah naungan The Models Lab ini juga tidak kurang hebatnya! Hidayah memiliki raut wajah ayu dan eksotik. Lenggok dan rentak langkahnya di pentas peragaan sentiasa memercikkan persona pada dirinya.

Malek Mccrone



Sebut sahaja nama jejaka ini, sudah tentu ramai yang mengenali dirinya. Malek mempunyai raut wajah macho dan gaya yang kemas. Susuk tubuh yang sasa turut menyerlahkan lagi karisma Malek ketika beraksi di pertunjukan fesyen.

Tinie



Akhir sekali, tidaklah sempurna senarai ini tanpa meletakkan nama model senior tinggi lampai ini.

Meskipun sudah lama berkecimpung dalam bidang peragaan, nama Tinie tidak pernah pudar di industri fesyen tanah air. Kemunculannya sentiasa dinanti-nantikan di hampir setiap pertunjukan di KLFW setiap tahun! Tinie juga kerap dipilih sebagai 'muse' dalam pementasan koleksi jenama-jenama besar hasil karya pereka fesyen tempatan.

Demikianlah barisan lima 'it model' yang bergaya, laris dan mempersona. Semoga mereka terus berjaya melakar kejayaan dalam bidang peragaan di Malaysia.

Topik apakah yang bakal ditampilkan dalam ruangan Gempak Spotlight pada minggu hadapan? Nantikan!