Gaya Hidup

#GempakSpotlight : Classy & Chic...Ini Lima 'It Girl' Yang Harus Anda Kenali

gempak
Asraf Aided
30/05/2019
13:37 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpotlight : Classy & Chic...Ini Lima 'It Girl' Yang Harus Anda Kenali
Kebanyakkan gadis masa kini bukan sahaja mementingkan aspek fesyen dan gaya harian malah turut bersemangat untuk berjaya dalam bidang yang diminati.
Kali ini, Gempak bawakan kepada anda lima gadis 'It Girl' yang sentiasa kelihatan 'cool' dan mencetuskan inspirasi di media sosial.
Meera Alyana Mukhriz
Meera Alyana atau lebih dikenali sebagai Ally Mukhriz telah meraih populariti di Instagram sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Gadis ini adalah cucu kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Ally bukan sahaja cantik bergaya, malah turut menempa kejayaan dalam bidang akademik. Anak kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir ini telah bergraduasi di Imperial College, London baru-baru ini.
Arafah Edruce
Arafah atau lebih dikenali sebagai Arabyrd adalah anak kepada sosialit Magie Abang Saufi. Gadis ini terkenal dengan citarasa fesyen yang sentiasa segar dan moden. Selain dikenali dalam kalangan sosialit dan pencinta fesyen, Arabyrd turut mencipta nama sebagai seorang DJ di kelab-kelab popular tempatan dan di Bali, Indonesia.
Tunku Nadia Naqiuyuddin
Darah kerabat diraja Negeri Sembilan mengalir segar dalam tubuhnya. Nendanya, Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan turut pernah memegang takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Nadia merupakan teman rapat kepada Arabyrd dan beberapa sosialit lain antaranya Datin Wira Sabrina dan Tengku Chanela Jamidah. Gadis jelita bersusuk tubuh langsing ini juga sering berkolaborasi bersama Arabyrd sebagai DJ di ibu kota.
Tunku Nadya Khyra
Gadis ini adalah anak perempuan tunggal kepada Ezurin Khyra. Bapanya, Tunku Datuk Yaacob juga seorang kerabat diraja Negeri Sembilan. Nadia yang kini menetap di London sering meraih kecemerlangan dalam bidang akademik. Berita gembira itu kerap dikongsi oleh ibunya Ezurin menerusi akaun Instagram miliknya.
Natasha M Ozeir
Natasha adalah usahawan berjaya di sebalik jenama kosmetik Pretty Suci yang diasaskan bersama kerabat diraja Pahang, Tengku Kaiyisah. selain sukses dalam kerjayanya, Natasha juga sering kelihatan bergaya ketika bercuti di seluruh dunia. Lihat sahaja akaun Instagramnya, dia layak dilabel sebagai 'fashionable globetrotter'!
Demikianlah lima gadis 'It Girl' yang dipilih secara rawak. Aura positif ,kredibiliti dan keterampilan mereka tidak pernah lapuk di media sosial dan wajar menerima lebih pengikut di masa akan datang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live