,
Gaya Hidup

#GempakSpotlight : Ini Barisan Lima Jurusolek 'A-List' Di Malaysia

Asraf Aided
02/08/2019
11:43 MYT
Jurusolek sememangnya memainkan peranan penting untuk menyerikan wajah wanita yang sentiasa mahu kelihatan anggun terutamanya ketika menghadiri acara-acara besar.
Kali ini, ruangan Gempak Spotlight menampilkan lima jurusolek bertaraf A-List yang sentiasa menata rias wajah-wajah wanita berprofil tinggi di Malaysia.
Khir Khalid
Khir Khalid bukan satu nama asing di kalangan selebriti dan golongan atasan. Berkecimpung dalam dunia solekan selama lebih 20 tahun tentu menjanjikan sentuhan magis pada wajah yang ditata riasnya.
Antara pencapaian terbaru Khir yang membanggakan adalah menata rias wajah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billa Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Selasa baru-baru ini.
Saidatulnisa Aminuddin
Saidatul bersama Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah
Kakak kepada 'Ratu Rock Negara' ini tidak kurang hebatnya. Saidatulnisa sering menyolek wajah selebriti dan kerabat diraja tempatan mahupun di Brunei.
Baru-baru ini, Saidatulnisa telah memberi sentuhan lembut pada solekan wajah puteri kepada Sultan Terengganu, YAM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Zahrah ketika majlis santapan diraja sempena istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Juju Icesan
Juliana Nazar atau nama sapaannya di Instagram, Juju Icesan sering menjadi pilihan selebriti dan wanita elite di ibu kota.
Antara wajah yang pernah ditatarias olehnya adalah Ally Mukhriz, Serena Mukhriz, Ezurin Khyra dan ramai lagi. Juju juga merupakan salah seorang teman rapat Ezurin dan sering bersama sosialit itu melancong ke luar negara.
Syed Faizal
Syed Faizal juga sangat digemari di kalangan golongan diraja, sosialit dan selebriti. Selain menata rias wajah wanita diraja Brunei, Faizal turut menyolek kerabat diraja di Malaysia, terbaru, dia telah menyolek Yang Berbahagia Cik Puan Sofie Louise Johansson untuk istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-19 Selasa lalu.
Tiar Zainal
Senarai ini diakhiri dengan nama Tiar Zainal. Sentuhan elegannya sentiasa menjadi dambaan selebriti dan golongan ternama.
Antara wajah yang pernah mendapat sentuhannya adalah pereka fesyen terkenal, Alia Bastamam, Datin Lynda Rahim, Fasha Sandha, Elfira Loy dan ramai lagi.
Demikianlah senarai lima jurusolek A-List yang dipilih secara rawak oleh Gempak.
Usaha keras, semangat dan minat yang mendalam pada diri mereka wajar dijadikan inspirasi kepada mereka yang turut mahu menceburi bidang solekan.
Topik apakah yang bakal dibincangkan dalam ruangan Gempak Spotlight pada minggu hadapan? Nantikan!
Selamat berhujung minggu diucapakan kepada anda seisi keluarga!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Pemenang Grammy Paksa Lakukan S*ks Bertiga, Rog*l Jurusolek Isteri

gempak
04/10/2024
06:36 MYT
Penyanyi lagu-lagu country, Garth Brooks berdepan pertuduhan merogol jurusolek yang telah bekerja lama untuk isterinya, Trisha Yearwood.
Viral

Walaupun Rumah Ditenggelami Air Banjir, Mua Bellaz Tetap Posing OOTD Ketika Beri Bantuan - “Cantiknya Mangsa Banjir Ni”

gempak
22/09/2024
09:55 MYT
Jurusolek terkenal Mua Bellaz mencuri tumpuan warganet apabila berkongsi keadaan terkini kawasannya yang dinaiki air banjir baru-baru ini.
Viral

Tiga Jurusolek Lelaki Berperwatakan Wanita Didakwa Rompak Rakan

gempak
17/07/2024
02:25 MYT
Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan ke atas kenalan mereka minggu lepas.
Laman Utama

Make Up Kahwin Intan Najuwa Dikritik Terlalu Heavy, Alha Alfa Beri Penjelasan

gempak
20/08/2023
01:53 MYT
Tapi cantik je make up Alha Alfa ni.
Gaya Hidup

Pernah Rugi RM2 Juta, Jurusolek Buka 3 Kilang Sendiri! - "Gagal Sekali Bukan Gagal Selamanya"

gempak
18/01/2023
10:24 MYT
Pernah terpalit isu kesilapan teknikal bancuhan bahan
Unitar