#GempakSpotlight : Lima Selebriti Sukses Dalam Perniagaan
Asraf Aided
12/07/2019 10:19 MYT
12/07/2019 10:19 MYT
Perniagaan merupakan satu bidang yang membuka peluang untuk seseorang melakar kejayaan dan mempertingkatkan taraf kehidupan.
Namun begitu, tanpa visi dan keazaman yang kuat, agak mustahil untuk seseorang itu terus bertahan menggapai impian.
Kali ini, ruangan Gempak Spotlight menampilkan lima selebriti yang bukan sahaja berjaya mencipta nama dalam industri hiburan tanah air, malah turut sukses dan bertahan dalam bidang perniagaan.
Datuk Seri Siti Nurhaliza
Siapa sahaja yang tidak mengenali penyanyi nombor satu negara ini. Selain kejayaannya dalam bidang hiburan, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut cemerlang dalam perniagaan.
Penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini memiliki syarikat penerbitan muziknya sendiri iatu Siti Nurhaliza Productions. Selain itu, Siti turut melebarkan sayap perniagaannya dalam dunia kecantikkan dan fesyen menerusi jenama kosmetik SimplySiti dan koleksi pakaian Creacion by Siti Nurhaliza.
Neelofa
Sebut sahaja nama Neelofa, sudah tentu ramai yang menyukai penampilan anggunnya yang sering mengenakan koleksi pakaian high end bertaraf antarabangsa.
Selebriti kesayangan ramai ini telah meraih kejayaan dalam bidang perniagaan menerusi jenama Naelofar Hijab dan beberapa perniagaan lain. Jenama tersebut telahpun menembusi pasaran antarabangsa, Neelofa juga kerap mempromosikan koleksi tudung terbaru Naelofar Hijab di akaun Instagramnya, no wonder she's making millions!
Mila Jirin
Imbas kembali kejayaan Mila sewaktu di pentas Akademi Fantasia musim kelima (AF5) dahulu, bintang ini merupakan juara wanita pertama yang dinobatkan dalam program itu dimana empat musim sebelumnya telah didominasi oleh peserta lelaki.
Penyanyi yang popular dengan lagu Persis Mutiara ini telah menubuhkan beberapa cabang perniagaan dalam bidang pakej perkahwinan, umrah, percutian dan restoran. Antara perniagaan terkenal yang diusahakan bersama suaminya, Isz Mustapha adalah Bizmilla Catering yang menawarkan pakej lengkap perkahwinan seperti dewan, makanan dan lain-lain.
Caprice
Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli telah berjaya dalam perniagaan menerusi bidang teknologi maklumat (IT). Rapper terkenal ini telah mencipta beberapa laman web dan applikasi, antaranya mengaji.com, RAJIN app, umrahloka dan beberapa yang lain.
Selain kejayaannya, Caprice juga terkenal dengan sifat terbuka yang sering membincangkan isu semasa di akaun media sosialnya. Dia sering memberikan pandangan tersendiri yang kadang-kadang turut diselitkan sedikit unsur jenaka.
Joe Flizzow
Bekas ahli kumpulan Too Phat ini sentiasa tampil dengan karya segar dan diminati ramai. Joe Flizzow atau nama sebenarnya Johan Ishak bukan sahaja berjaya sebagai seorang rapper, penyanyi, penerbit rakaman dan penulis lirik malah turut cemerlang sebagai seorang usahawan.
Joe merupakan pemilik dan pengasas bersama syarikat rakaman Kartel Records dimana SonaOne dan Altimet turut bernaung dibawahnya. Selain itu, Joe juga turut meluaskan perniagaannya dengan membuka perusahaan salun rambut lelaki Joe's Barber dan kafe Joe's Kitchen.
Demikianlah senarai lima selebriti yang telah meraih kejayaan bukan sahaja dalam bidang hiburan, malah turut menyerlah dalam bidang perniagaan.
Lakaran cemerlang, semangat dan azam yang tinggi dalam diri mereka wajar menjadi sumber inspirasi buat kita semua.
Topik apakah yang bakal dibincangkan dalam ruangan Gempak Spotlight minggu hadapan? Nantikan!