Wanita moden sentiasa bersemangat untuk mencapai target dan misi kehidupan. Dalam kesibukan mengejar impian, mereka juga tidak pernah mengabaikan aspek penampilan diri.

Kali ini, Gempak Spotlight bawakan kepada anda lima usahawan berjaya yang menggapai kejayaan dalam bidang masing-masing, diharapkan, senarai kali ini mampu menjadi sumber inspirasi buat anda semua.

Ung Yiu Lin



Wanita bergaya yang mesra disapa Yiu Lin ini merupakan pengasas kepada perniagaan fesyen terkenal ShoesShoesShoes dan KLutched. Yiu Lin sangat dikenali dalam kelompok sosialit di ibu kota. Selain berjaya dalam perniagaannya, Yiu Lin turut membuka peluang kepada pereka fesyen tempatan untuk melebarkan perniagaan mereka dengan menyertai jualan di butik ShoesShoesShoes miliknya.

YM Tunku Dato' Kaiyisah



Sebut sahaja nama kerabat Diraja Pahang yang sentiasa merendah diri ini, sudah tentu ramai yang akan teringat jenama kosmetik Prettysuci yang diasaskannya bersama usahawan Natasha Ozeir. Selain berjaya dalam perniagaan, Kaiyisah juga sentiasa kelihatan di majlis-majlis mewah ibu kota. Dalam kesibukan bergelar wanita bekerjaya, Kaiyisah tidak pernah mengetepikan keluarganya. Lihat sahaja akaun Instagram miliknya yang sentiasa dipenuhi foto bersama suami, anak-anak serta kaum kerabatnya.

Aliza Ali



Nama usahawan jelita ini semakin melonjak apabila muncul mewakili jenama Chatime Malaysia bagi tajaan program Mikrofon Impian terbitan Astro baru-baru ini. Aliza memegang portfolio sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia. Selain menempa kejayaan dalam bidang perniagaan, penampilan Aliza tidak pernah menghampakan, dia sering tampil bergaya segar dan modern seiring dengan gaya hidup dan pencapaiannya.

Haliza Maysuri


Kredit Foto : Nona

Haliza merupakan pengasas jenama tudung kegemaran ramai, Bawal Exclusive. Penampilan berhijab dan santunnya sentiasa menyerlahkan aura tersediri pada dirinya. Citrarasa Haliza dalam berpakaian juga wajar dipuji, wanita ini merupakan klien setia kepada pereka fesyen tersohor negara, Datuk Rizalman Ibrahim.

Adilah Ahmad Sainer



Adilah merupakan pemilik bersama dan ketua chef di restoran The Artisan Food Trail atau lebih ringkas dikenali sebagai TAFT. Adilah juga dikenali di kalangan kelompok berprofil tinggi ibu kota. Antara teman rapatnya adalah DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman, Ezurin Khyra dan Datin Raha Aboo. TAFT sentiasa menjadi pilihan teman-teman rapatnya dan juga penggemar masakan Melayu dan barat di Kuala Lumpur. Dalam kesibukan memasak, Adilah sentiasa tampil bergaya ‘chic’ dan ‘trendy’ ketika meluangkan masa bersama teman-teman di luar mahupun ketika berada di restorannya.

Demikianlah senarai usahawan wanita berjaya yang dipilih secara rawak, semangat dan keazaman yang tinggi dalam diri mereka wajar dijadikan contoh kepada anda di luar sana.