Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

#GempakSpotlight : Squad Goals! Ini Lima Squad Terkenal Yang Harus Anda Tahu

Asraf Aided
28/06/2019 12:26 MYT
Rentak hidup mewah tidak akan lengkap tanpa rakan-rakan yang turut menemani ketika melancong, menghadiri acara kenamaan mahupun untuk bersantai menikmati minum petang bersama.

Kali ini, ruangan Gempak Spotlight menampilkan lima skuad popular. Gaya hidup dan lokasi yang dikunjungi mereka sentiasa mencuri tumpuan ramai terutamanya di media sosial.

Ezurin Khyra & The Gang!



Gaya hidup mewah sosialit ini sentiasa menarik perhatian. Ezurin sentiasa diiringi rakan dan 'entourage' ke seluruh dunia! Ezurin berteman rapat dengan sosialit Magie Abang Saufi, jurusolek terkenal, Khir Khalid dan beberapa rakan yang lain. Antara lokasi yang kerap dikunjungi mereka adalah London, Bali, Paris, Los Angeles dan banyak lagi.

Datin Wira Sabreena, Alia Bastamam & YM Tunku Nadia



Tiga wanita ini sentiasa meluangkan masa bersama. Walaupun Datin Wira Sabreena sibuk menguruskan anak-anak, dia tidak pernah mengetepikan rakan-rakan. Sabreena sentiasa menikmati percutian bersama pereka fesyen Alia Bastamam dan kerabat diraja Negeri Sembilan, YM Tunku Nadia. Citarasa fesyen mereka juga wajar dipuji, lihat sahaja penampilan mereka di media sosial, tidak pernah menghampakan!

Fazura & Rakan-Rakan



Sudah tentu ramai yang tahu siapa teman-teman rapat aktres jelita ini. Fazura sentiasa kelihatan bersama pereka fesyen duo terkenal, Rizman Ruzaini dan jurugaya Vee. Selain kerap meluangkan masa bersama, Fazura juga sering tampil memperagakan helaian Rizman Ruzaini ke acara-acara di ibu kota. Antara figura terkenal lain yang turut berteman rapat dengan aktres ini adalah Nazreem Musa dan Lisa Surihani. Kesibukan tidak pernah menjadi penghalang untuk mereka berjumpa dan berkongsi cerita.

Marion Caunter, Ferhat Nazri & Yiulin



Gaya hidup tiga figura berprofil tinggi ini juga turut menarik perhatian pengikut mereka. Marion dan Ferhat selalu melancong ke luar negara bersama manakala, usahawan jelita Yiulin kerap kelihatan menyertai mereka ketika keluar bersama di ibu kota.

The Naza Siblings



Selain bergelar 'business tycoon' di Malaysia, anak-anak kepada Allahyarham Tan Sri Dato' Sri Utama SM Nasimuddin Amin ini sentiasa mencetuskan inspirasi kepada orang ramai. Lima anak pengasas syarikat Naza Group itu terdiri daripada SM Faisal Nasimuddin, Nur Diana SM Nasimuddin, SM Nasarudin Nasimuddin, SM Faliq Nasimuddin dan Nur Nadia Nasimuddin. Keakraban mereka bukan sahaja mempamerkan hubungan kekeluargaan yang erat, namun mereka turut layak dilihat sebagai skuad yang moden dan 'lit'.

Demikianlah lima skuad terkenal yang dipilih secara rawak. Gaya hidup dan persahabatan mereka mampu menjadi sumber inspirasi kepada anda di luar sana. Siapakah yang bakal ditampilkan dalam ruangan Gempak Spotlight selepas ini? Nantikan!



#GempakSpotlight
;