Lelaki masa kini sering menitikberatkan soal penggayaan diri di samping menempa kejayaan dalam bidang masing-masing.

Kali ini, ruangan Gempak Spotlight menampilkan 10 lelaki berprofil tinggi di Malaysia yang sukses dalam kerjaya, dan tak kalah bergaya!

SM Faliq Nasimuddin



Faliq merupakan anak bongsu dalam keluarga berprofil tinggi, Nasimuddin. Suami kepada Chryseis Tan ini merupakan timbalan pengurusi eksekutif syarikat Naza TTDI. Faliq sentiasa kelihatan bergaya bergandingan bersama Chryseis ketika menghadiri acara-acara besar tempatan mahupun di luar negara.

Ferhat Nazri



Ferhat merupakan anak kepada Datuk Seri Nazri Abdul Aziz. Boleh dikatakan jejaka ini serba boleh dalam urusan kerjayanya. Selain berkhidmat sebagai penasihat perhubungan awam, penjenamaan dan pemasaran di syarikatnya sendiri, Ferhat juga sempat meluangkan masa untuk menghasilkan travelogue di Instagram yang diberi nama wanderhat.

Hamzah Alang



Hamzah Alang merupakan anak kepada pemilik empayar perniagaan Holliday Villa Hotels dan suami kepada usahawan berjaya Nadia Nasimuddin. Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata dan sentiasa kelihatan bercuti ke lokasi-lokasi menarik di seluruh dunia.

Datuk Fadza Anuar



Siapa sahaja yang tidak mengenali suami kepada Datin Vivy Yusoff ini. Fadza merupakan pengasas bersama dan CEO bagi perniagaan e-commerce Fashion Valet. Fadza boleh dilabel 'family oriented', lihat sahaja akaun Instagramnya yang dipenuhi foto bersama isteri dan anak-anak tercinta.

Datuk Rizalman Ibrahim



Citarasa Rizalman dalam berkarya bukan calang-calang! Hasil rekaan bertaraf 'couture' yang dihasilkannya sering disarung oleh wanita bercitarasa mewah di Malaysia. Lebih membanggakan lagi, pereka fesyen ini turut diberi kepercayaan untuk menghasilkan helaian buat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandriah ketika Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada 31 Januari lalu.

Bryan Loo



Usahawan kacak ini adalah CEO syarikat Loob Holding dan sedang meluaskan perniagaan minuman kegemaran ramai, Tealive ke peringkat antarabangsa. Antara negara lokasi luar yang telah diterokainya adalah Shanghai, India dan London.

Datuk Bernard Chandran



Pereka fesyen ini telah berjaya hingga ke peringkat antarabangsa. Rekaan mewahnya menjadi kegemaran di kalangan golongan elit di Malaysia mahupun di luar negara. Bernard pernah diundang sebagai juri tetamu dalam Britain Next Top Model Cycle 6 episod 12. Meskipun sudah berusia 51 tahun, Bernard masih kelihatan kacak dan segak bergaya. Benar kata ramai, umur hanyalah sekadar angka!


Datuk Jared Lim



Lelaki tampan ini merupakan pengasas bersama syarikat Tremendous Asia Partners Group yang merupakan sebuah firma pelaburan di peringkat Asia Tenggara. Jared sering tampil di acara-acara mewah di kota bersama isteri kesayangan, Datin Dian Lee.


Henry Golding



Nama Henry Golding sudah tentu menjadi kegilaan ramai anak gadis! Aktor tampan kelahiran Sarawak ini berjaya mencipta nama hingga ke Hollywood. Terbaru, Henry turut diundang sebagai tetamu Anna Wintour di acara berprestij Met Gala yang diadakan pada 6 Mei lalu.

SM Nasarudin Nasimuddin



Suami kepada Marion Caunter ini merupakan pengerusi kumpulan syarikat Naza. Nasaraudin bukan sahaja sukses dalam kariernya, malah aspek penampilan sentiasa dititikberatkan. Lihat saja foto-foto akaun Instagramnya, Nasarudin sentiasa kelihatan segak!

Demikianlah senarai lelaki ternama di Malaysia yang dipilih secara rawak. Kepintaran, semangat dan karisma mereka wajar dijadikan contoh untuk kita semua.