Ramai yang tidak menyangka tahun 2020 seluruh negara dilanda pandemik COVID-19.

Walaubagaimanapun, bencana luar biasa itu tidak menjejaskan perancangan pasangan selebriti yang ingin berkahwin.

Tahun 2020 telah menyaksikan ramai selebriti yang melayari bahtera rumah tangga bersama insan yang mereka cinta dan sayang.

Jadi, Gempak kongsikan pasangan selebriti yang berkahwin pada tahun 2020.

Selamat tinggal 2020, Hello 2021!

#1 Elly Mazlein & Azlan Che Noh



Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein sah bergelar isteri kepada seorang guru, Mohammad Azlan Che Noh pada 18 Januari.

Elly atau lebih mesra dipanggil Kak Lina menamatkan gelaran ibu tunggal di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

#2 Sasha Saidin & Sirhan Wahad



Penyanyi Sasha Saidin sah bergelar isteri kepada usahawan, Sirhan Wahab selepas dua kali gagal dalam perkahwinan.

Sasha dan Sirhan merupakan kenalan zaman persekolahan namun kembali akrab sejak tahun lalu.

#3 Emma Maembong & Muhammad Shazli



Pelakon popular Emma Maembong memilih juruterbang Muhammad Shazli Azhar sebagai suami.

Pasangan ini memilih tarikh 20 Februari 2020 (20022020) untuk memahat kasih abadi mereka.

Pada 8 November lalu, Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail selamat melahirkan bayi lelaki.

#4 Aiman Hakim Ridza & Zahirah Macwilson



Selepas tujuh bulan menyulam cinta bersama, pelakon Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson turut memilih tarikh 20 Februari untuk mendirikan rumah tangga.

Pasangan sama cantik sama padan ini dijangka menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka pada bulan Disember di Perth, Australia.

#5 Tasha Shila & Muhammad Atiq



Pelakon Tasha Shila dan pasangan, Muhammad Atiq memilih untuk berkahwin selepas lima hari mengikat tali pertunangan.

Tasha dan Atiq memilih 28 Februari sebagai tarikh bersejarah mereka.

#6 Joe Flizzow & Marini Ramlan



Rapper popular, Joe Flizzow sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Marini Ramlan pada 26 Jun.

Pasangan ini memilih melakukan majlis secara sederhana memandangkan Malaysia masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

#7 Miera Leyana & Roslan Othman



Pelakon Miera Leyana memilih ahli perniagaan berusia 40-an, Roslan Othman sebagai teman hidup pada 27 Julai.

Walaubagaimanapun, pelakon drama Memori Cinta Suraya ini didakwa berkahwin dengan suami orang yang memiliki tujuh anak perempuan.

Menjawab dakwaan tersebut, Miera tidak menafikan atau mengiyakan dirinya merupakan isteri kedua.

#8 Mira Filzah & Wan Emir



Pelakon dan pengacara Mira Filzah memilih anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Hal Ehwal Khas Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid iaitu Wan Emir Astar sebagai teman sehidup semati.

Tarikh 3 September menjadi saksi ramai kaum Adam yang patah hati apabila Mira sah menjadi isteri kepada Emir.

Pasangan ini memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi berbulan madu.

#9 Noryn Aziz & Shaik Rizal Shaik Sulaiman



Penyanyi Noryn Aziz selamat melangsungkan pernikahan dengan ahli perniagaan, Shaik Rizal Shaik Sulaiman pada 13 Oktober.

Pasangan ini mengambil masa kurang 24 jam untuk bernikah dan segala persiapan dilakukan sepantas mungkin berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sebelum ini, juara program Gegar Vaganza musim kelima ini pernah berkahwin dengan bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, namun berpisah pada 2018.

#10 Nikita Willy &Indra Priawan



Artis terkenal Indonesia, Nikita Willy selamat menamatkan zaman solo dengan Indra Priawan pada 16 Oktober.

Pernikahan heroin Cinta Buta dengan pemilik rangkaian teksi Blue Bird Indonesia itu berlangsung dengan serba mewah.

Nikita menerima mas kahwin berupa emas seberat 75 gram serta berlian 9 karat ketika majlis pernikahan yang mengikut adat Minang itu.