Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#GempakTop2021: Diam-Diam Berhijab, Cantik Betul Semua Selebriti Ni Kan?

Fiza Kamarudin
29/12/2021 14:16 MYT
Banyak yang dilalui anak seni kita sepanjang tahun 2021 termasuk menempuh cabaran hidup bersama pandemik COVID-19.

Sunggupuhpun begitu, 2021 juga menjadi saksi kepada selebiriti-selebriti ini memperbaiki diri ke arah yang lebih baik, tidak kiralah dari sudut apa pun, termasuklah perubahan dari segi penampilan.

Ini antara selebriti yang tidak menggembar-gemburkan tentang imej terbaharu mereka dan telah mendapat pujian warganet.

#1 Mas Idayu

A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001)


Ratu dangdut popular, ini mengejutkan ramai peminat apabila tampil berhijab menerusi program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021, sebagai tetamu jemputan kumpulan Tiro.

Kemuculan Mas Idayu atau mesra dipanggil Mummy ini mendapat pujian ramai kerana tidak pernah menggembar gemburkan tentang penampilan terbaharunya itu.

#2 Elyana

A post shared by Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)


Allahyarham Siti Sarah antara asbab penyanyi Elyana mengenakan tudung. Pada Ogos lalu, Elyana memuat naik hantaran akan memakai tudung-tudung yang dihadiahkan Sarah sekaligus memberi gambaran bahawa dia akan tampli dengan imej baru bermula hari tersebut.

Sebelum itu Elyana turut menzahirkan rasa terharu selepas menerima kejutan hadiah berupa tudung jenama Naelofar daripada selebriti popular, Neelofa.

#3 Nur Fazura

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)


Sekitar bulan Jun 2021, penampilan pelakon Nur Fazura yang kerap mengenakan hijab dalam beberapa hantaran terbaharu di Instagram menjadi buah mulut netizen dan tanda tanya.
Rata-rata kebanyakan warga maya menyambut baik penampilan yang digayakan Fazura ketika itu.

Dan akhirnya isteri kepada pelakon Fattah Amin itu berhijab sepenuhnya pada Julai 2021.

#4 Izara Aishah

A post shared by Izara Aishah Adib (@izaraaishahofficial)


Penampilan baharu pelakon Ombak Rindu The Series, Izara Aishah, bertudung labuh pada Ogos lalu, menarik perhatian ramai.

Izara juga memuat naik beberapa gambar berhijab dengan sempurna tanpa sebarang kapsyen menerusi laman Instagram (IG), dan memilih berdiam diri, manakala hantaran gambar ditutup ruangan komen.
Mengiyakan tanda tanya sudah bertudung, Izara bagaimanapun enggan terlalu larut bercerita mengenai perubahan diri.

#5 Nana Mahazan

A post shared by ᑎᗩᑎᗩ ᗰᗩᕼᗩᘔᗩᑎ®️ (@nanamahazan)


Pada Ogos lalu, penyanyi dan juga pengacara, Nana Mahazan tampil dengan imej berhijab menerusi sebuah video berdurasi 30 minit yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

Penampilan Nana itu mengejutkan peminatnya, namun dalam masa sama mereka menyokong Nana dengan imej terbarunya itu.

#6 Siti Elizad

A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin)


SLOW BUT SURELY. Seringkas itu sahaja yang dicoretkan pelakon tinggi lampai Siti Elizad Sharifuddin menerusi ruangan kapsyen satu hantaran Insragramnya pada Ogos lalu.

Perkongsian empat hari berturut-turut Elizad tentang gaya dia berhijab mencuri perhatian ramai. Berkongsi momen hatinya terbuka untuk mengenakan hijab, Elizad memberitahu segala-galanya bermula apabila suaminya, Shamsul Baharin Abdul Rahman membelikannya selendang secara dalam talian tanpa pengetahuannya.

#7 Betty Rahmad

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad)


Pelakon Betty Rahmad tampil dengan imej bertudung sempena mengambil keberkatan kedatangan Awal Muharam baru-baru ini.

Kongsi Betty, 40, hatinya mula terdetik untuk melakukan perubahan setelah melihat anaknya, Ardy Wira yang kini berusia lebih dua tahun sudah lancar mengaji Iqra.

Pemergian rakan artis Siti Sarah Raissuddin turut menjadi asbab buat pelakon itu melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

#8 Vicha

Pemergian Allahyarham Siti Sarah membuka mata Vicha untuk mengenakan tudung sepenuhnya.

Vicha berkata, dia mula bertudung sejak Ramadan tetapi ketika itu hatinya masih berbelah bahagi kerana bimbang jika keputusan untuk bertudung akan menyukarkan peluang untuknya mencari makan.

Namun, melihat kejadian demi kejadian yang berlaku termasuk pemergian Allahyarham Siti Sarah benar-benar membuka mata Vicha untuk berhijrah.
#Selebriti berhijab #GempakTop2021 #Rangkuman 2021
;