Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#GempakTop2021: Momen Bahagia Selebriti Bergelar Ibu & Bapa

Maliah Surip
31/12/2021 14:45 MYT
Menjadi ibu bapa sekaligus memiliki cahayamata adalah impian semua pasangan yang telah bernikah. Selain pasangan Jep Sepahtu dan Sari Yanti berbahagia menyambut anak ketiga mereka dan Mawar Rashid bersama Raf Yaakob mendapat anak kedua serta pasangan Hetty Sarlene dan Daniel Oakes yang dikurniakan anak lelaki sulung, London Alexender, terdapat ramai juga selebriti yang memegang status ibu dan bapa pada tahun ini.

Berikut Gempak senaraikan pasangan selebriti yang menimang cahaya mata pada tahun ini:

Allahyarhamah Siti Sarah & Shuib

Nama Anak: Ayash Affan



Kelahiran Ayash Affan, anak lelaki pasangan Shuib dan Allahyarhamah Siti Sarah pada 6 Ogos lalu masih meninggalkan kesan yang mendalam kepada peminat dan rakyat Malaysia.

Hal ini kerana Ayash dilahirkan beberapa hari sebelum Siti Sarah menghembuskan nafas terakhirnya kerana virus COVID 19.

Kini Ayash yang dilahirkan secara pembedahan sudah menginjak usia lima bulan dan menjadi bongsu kesayangan Shuib bersama tiga permata hatinya yang lain.

Ayda Jebat & Nabil Mahir

Nama Anak: Ana Nayla

Pasangan Ayda Jebat dan Nabil Mahir menimang cahayamata pertama mereka yang merupakan seorang perempuan pada 21 September 2021.

Bayi dengan berat 2.77 kilogram yang dilahirkan secara pembedahan tersebut diberi nama Ana Nayla yang merupakan gabungan nama kedua ibu mereka, Rohana dan Diana dan dipadankan dengan Nayla yang bermaksud kejayaan.

Beberapa hari menjadi ibu bapa, pasangan ini menerusi kemas kini di media sosial mengaku menjalani fasa baharu dalam kehidupan berumahtangga termasuk pengalaman tidak cukup tidur demi menjaga dan membesarkan puteri sulung mereka.

Datuk Seri Siti Nurhaliza & Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa

Nama Anak: Muhammad Afwa

Pada 19 April 2021, penyanyi kesayangan ramai, Datuk Siti Nurhaliza selamat melahirkan anak keduanya bersama usahawan Datuk K, yang merupakan seorang lelaki.

Bayi yang diberi nama Muhammad Afwa tersebut selamat dilahirkan secara pembedahan dengan berat 3.84 kilogram (kg) di sebuah pusat perubatan di Selangor pada 19 April lalu.

Ibu kepada Siti Afiyah itu menjelaskan memilih nama anak lelakinya sebagai Muhammad Afwa kerana nama itu mempunyai makna yang bersesuaian dengan kelahirannya dalam Ramadan.

Dayana Roza & A’dale Adham Ayahudin

Nama Anak: Astrid Raheeya

Pelakon Dayana Roza mengambil masa sebulan sebelum mengumumkan sudah melahirkan anak sulungnya yang pra matang pada 20 Julai 2021 lalu.

Permata hatinya yang merupakan seorang perempuan itu diberi nama Astrid Raheeya.

Dalam temubualnya bersama beberapa media, Dayana mengatakan dia terpaksa mengambil tempoh bertenang daripada memaklumkan telah menjadi ibu kepada seorang anak kerana mengalami kebimbangan tentang pandemik COVID 19 yang semakin teruk sewaktu tempoh melahirkan.

Meski demikian, setelah melihat bayinya membesar dengan sihat dan emosinya stabil, Dayana berkongsi khabar gembira itu kepada umum.

Kini, kata Dayana dia cukup gembira dan seronok menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Aiman Hakim & Zahirah McWilson

Nama Anak: Isaac Raees

Pasangan pelakon sama cantik sama padan, Aiman Hakim dan Zahiran McWilson mengumumkan selamat menjadi ibu dan bapa pada Januari 2021 selepas menikah pada Februari 2020.

Dilahirkan pada 5 Januari 2021, pasangan ini menamakan anak lelaki mereka dengan nama Isaac Raees. Bayi comel ini dilahirkan di Australia sebelum tiga beranak ini pulang ke Malaysia beberapa bulan lalu.

Scha Alyahya & Awal Ashaari

Nama Anak: Lyla Amina

Pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari menyambut kedatangan ahli baharu mereka yang merupakan anak kedua pada 12 Februari 2021.

Adik kepada Lara Alaana yang merupakan seorang perempuan tersebut diberi nama Lyla Amina.

Nad Zainal & Muhammad Faliq Amiruddin

Nama Anak: Budi Kalsom

Nama anak kedua Nad Zainal dan suaminya, Budi Kalsom menjadi perhatian kerana keunikannya dan disifatkan tidak terikut dengan menamakan anak mengikut nama moden.

Budi Kalsom lahir pada 30 Mac lalu dan menjadi adik kesayangan kepada anak sulung yang juga merupakan seorang lelaki, Fahad Ibrahim yang digelar Yem oleh pasangan ini.

Biar sibuk, Nad mengaku bahagia dan bertuah kerana diberi kesempatan menjadi ibu dua anak dan meneruskan kariernya sebagai anak seni.

Ain Edruce & Amirul Hafiz Mustaffa

Nama Anak: Soraya Amirul Hafiz

Menyimpulkan penantiannya sebagai berbelas belas jam demi melahirkan seorang anak, Ain Edrose akhirnya bergelar seorang ibu pada 19 Mei 2021 lalu.

Pasangan kepada usahawan Amirul ini melahirkan anak perempuannya di sebuah hospital swasta dan memberi nama Soraya kepada permata sulung mereka.

Instagram: @shuibsepahtu, @nad.zainal, @ainedruce, @dayanaroza, @aydajebat, @aimanhakimridza

#Anak #“Siti #Nurhaliza” #“Ain #“Ayda #“Dayana #“Selebriti” #Edruce” #Jebat” #Roza”
;