Gaya Hidup

#GempakTravel - 8 Lokasi 'Instagrammable' Di Cameron Highlands Yang Patut Anda Lawati

gempak
Azwa Rahman
10/10/2019
10:44 MYT
Sponsor Banner
#GempakTravel - 8 Lokasi 'Instagrammable' Di Cameron Highlands Yang Patut Anda Lawati
Cameron Highlands sentiasa menjadi lokasi cuti-cuti Malaysia kegemaran ramai. Pergilah berapa kali dalam setahun pun, tempat dingin ini tak pernah membosankan.
Cameron Highlands menjanjikan tempat-tempat lawatan tanah tinggi yang pastinya memberikan ketenangan. Selain cuaca sejuk dan hotel berciri Inggeris, apa lagi yang menarik di Cameron Highlands?
Gempak senaraikan lapan tempat yang 'insta-worthy' untuk anda yang ingin kembali bercuti di sini. Mana tahu ada di antara anda yang tak tahu kewujudan tempat ini? Jom semak.
1. Cactus Valley Farm
Ladang kaktus ini terletak di tengah pekan Brinchang. Dari jalan besar, belok kiri selepas Hotel Star Regency dan anda akan berjumpa tempat cantik ini. Peminat kaktus, bunga-bungaan dan pokok hiasan dari pelbagai jenis, saiz dan warna boleh datang sini untuk membeli bunga dan bergambar.
Lokasi: Cactus Valley, Pekan lama, Brinchang, 39100, Cameron Highlands. Waktu beroperasi: 8 pagi - 6 petang Bayaran masuk: RM5 (dewasa) dan RM2 (kanak-kanak)
2. Pasar Kea
Kalau hari minggu, pasar ini memang penuh. Pasar yang wajib singgah kalau berada di Cameron Highlands! Terletak berdekatan Hotel Copthorne, anda boleh dapatkan hasil terbaik sayur-sayuran, buah-buahan, bunga dan cenderamata di pasar ini.
Lokasi: Kea Farm, 39100 Brinchang, Pahang, Malaysia Waktu beroperasi: Awal pagi - lewat petang Bayaran masuk: Percuma
3. 200 Seeds Cafe By Abang Strawberry
Anda nak rasa nasi lemak sambal strawberi? Inilah masanya untuk anda singgah ke 200 Seed Cafe by Abang Stawberry yang terletak di Kampung Taman Sedia, Tanah Rata. Berkonsepkan taman, kafe ini mengetengahkan buah strawberi untuk pelbagai hidangan. Dengar khabar, nasi lemak sambal strawberi mendapat perhatian ramai, sedap!
Lokasi: No 27, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands. Waktu beroperasi: 8 pagi - 8 malam. Bayaran masuk: Ikut menu
4. Lavender Garden
Taman Lavender ini terletak di antara Triangkap dan Kuala Terla, 4 kilometer dari Brinchang. Menjadi antara tarikan terbaru di Cameron Highlands, taman ini dipenuhi bunga-bunga lavender dan pelbagai jenis bunga lagi. Bertemakan pemandangan luar bandar di Eropah, taman ini turut mempunyai kafe mereka tersendiri dimana anda boleh dapatkan minuman dan makanan berasaskan lavender. Jangan lupa rasa aiskrim lavender di sini.
Lokasi: Cameron Lavender Garden, Tringkap, 39100 Cameron Highlands Waktu beroperasi: 9 pagi hingga 6 petang Bayaran masuk: RM8
5. Air terjun Robinson
Kalau anda berjiwa sukan lasak, air terjun Robinson ini antara yang wajib lawat. Dinamakan sempena H.C Robinson, Pengarah Muzium Negeri Pahang yang ditugaskan untuk mengkaji kesesuaian tanah tinggi untuk dibangunkan pada tahun 1922, air terjun ini antara yang popular bagi mereka yang mahu merentas hutan.
Lokasi: Tanah Rata, 39000 Cameron Highland Waktu beroperasi: Seeloknya pergi ketika cuaca cerah Bayaran masuk: Percuma
6. Big Red Strawberry Farm
Tempat ini antara ladang strawberi yang popular di Cameron Highlands. Diusahakan oleh Encik K. Sinnathamby dan anaknya bermula tahun 2005, Big Red Strawberry Farm atau nama lainnya Taman Agro Tourism menawarkan pelbagai aktiviti berasaskan strawberi. Ambil gambar di tengah-tengah ladang ataupun ketika sedang memetik strawberi, memang cantik!
Lokasi: Brinchang, 39000, Cameron Highlands Waktu beroperasi: 8.30 pagi - 6 petang Bayaran masuk: Percuma
7. Cameron Adventurous ATV
Letak gambar naik ATV berlatarbelakangkan ladang teh di Instagram, mesti ramai yang akan tanya dimana ni? Terletak 22 kilometer dari Tanah Rata, Cameron Adventurous ATV merupakan antara aktiviti ledakan adrenalin untuk mereka yang berani mencuba. Selain ATV, 4x4 safari juga antara aktiviti yang menarik untuk anda cuba.
Lokasi: Cameron Valley, Kuala Terla, 39000 Cameron Highlands Waktu beroperasi: 9 pagi - 6 petang Bayaran masuk: 4×4 Safari (RM10), ATV Safari (RM50), Extreme ATV (RM65)
8. Rose Centre
Terletak di Kea Farm, ladang bunga ros daripada pelbagai jenis dan warna ini pasti akan menarik perhatian anda. Untuk mereka yang gemar berkebun, anda juga boleh membeli kelengkapan berkebun, benih bunga, baja dan sebagainya di pusat ini. Dalam gambar, memang nampak macam anda berada di luar negeri.
Lokasi:Rose Centre, Brinchang, 39000 Cameron Highland Waktu beroperasi: 8.00 pagi - 6 petang Bayaran masuk: RM5 (Dewasa) dan RM2 (Kanak-kanak)
Dah ada tempat nak tuju hujung minggu ni? Jangan lupa singgah di lapan tempat ini dan penuhkan akaun Instagram anda dengan gambar-gambar yang cantik dan unik. Selamat menjelajah!
Sumber foto: Twitter @jomkita, visitmalaysia.info
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live