#GempakTravel: Dapat Jolokan ‘Maldives Indonesia’, Ini Lima Lokasi Wajib Singgah Di Pulau Belitung!
Azwa Rahman
07/02/2020 10:10 MYT
07/02/2020 10:10 MYT
Penggemar air laut yang sedang tercari-cari lokasi pulau untuk anda lawati, cuba masukkan Pulau Belitung ke dalam senarai wajib pergi.
Terletak di Sumatera, Indonesia, pulau kecil ini padat dengan lokasi hipster, sesuai untuk anda yang mahu mengemas kini Instagram.
Sesuai dengan gelaran ‘Maldives Indonesia’, ini lima lokasi wajib pergi anda perlu singgah!
1. Pulau Batu Belayar
Pulau kecil ini merupakan satu tarikan yang wajib ada dalam senarai singgah anda. Dikelilingi beberapa batu granit, pulau kecik ini sangat unik dari segi alam semulajadinya.
Pulau ini turut menjadi lokasi penggemar laut kerana airnya yang jernih dan pasirnya yang memutih. Sesuai untuk anda bersama BFF ataupun lokasi bulan madu.
.
2. SD Muhammadiyah
Terletak di Belitung Timur, replika sekolah ini wajib anda lawati jika berada di Belitung. Replika sekolah ini merupakan lokasi penggembaraan filem popular Indoensia, Laskar Pelangi. Tambah istimewa apabila novelis filem tersebut, Andrea Hirata turut bersekolah di sini.
Ambil peluang masuk ke dalam replika bilik darjah serta anda berpeluang bergambar bersama anak-anak penduduk di kawasan ini.
3. Dermaga Kirana
Dermaga bermaksud pelabukan kecil yang menjadi tempat letak bot. Kirana pula diambil bersempena nama danau di Danau Kirana.
Terletak di hadapan sekolah SD Muhammadiyah, kawasan ini merupakan port terbaik untuk foto Instagram anda kerana ia menempatkan rumah-rumah rotan yang begitu cantik. Inginkan foto yang lebih menarik, datang pada waktu matahari terbenam.
4. Pulau lengkuas
Merupakan pulau paling popular di Belitung, Pulau Lengkuas menempatkan rumah api tertua. Dibina pada tahun 1800-an, rumah api ini masih beroperasi dan menjadi lokasi paling ‘insta-worthy’.
Ambil peluang untuk bermain di pantai jernih di pulau ini. Cukup menawan!
5. Muzium Kata Andrea Hirata
Muzium berwarna-warni ini merupakan satu destinasi wajib singgah kalau anda ke Pulau Belitung. Andrea Hirata adalah seorang penulis untuk karya agung Laskar Pelangi. Muzium Kata Andrea Hirata ini merupakan muzium puisi dan penulisan kesusasteraan pertama di Indonesia.
Jika singgah, jangan lupa ke dapur muzium untuk menikmati Kopi Kuli dengan dekorasi seperti di warung zaman dahulu kala.