Yogyakarta pernah tular beberapa tahun lalu gara-gara filem Ada Apa Dengan Cinta 2.

Buat yang anda yang belum pernah menjejakkan kaki ke daerah ini, Yogyakarta atau lebih senang dipanggil Jogja menjanjikan pelbagai tarikan menarik.

Hos Gempak TV Daniel O’Neil berkesempatan meluangkan masa untuk menjejak sendiri tarikan menarik yang terhidang untuk kaki adventure.

Olla amigos peoplee! Finally done with editing of my recent VLOG in Yogyakarta! Phew penat! Excited tak sabar nak release the video tonight at 8.30PM! Ada tak antara kenalan IG Daniel yang akan tengok? ??‍♂️ Link in bio okay Anyhoo, here’s a short teaser! Let me know what do you think! #indonesia #travelblogger #vlog #jogja #yogyakarta

A post shared by Daniel O’Neil 郑 (@heydanieloneil) on


Nak kan pengalaman yang sama seperti Daniel, Gempak senaraikan empat lokasi wajib untuk anda teroka.

1. Istana Air dan Masjid Bawah Tanah

Terletak di Kraton, di tengah kota Jogja, dua tarikan ini dikenali sebagai Taman Sari dan Sumur Gumuling.

Taman Sari yang juga dikenali sebagai Istana Air dibina sekitar kurun ke-18 dan menjadi singgahsana bagi Sultan.

Merangkumi kompleks bersiram, tempat bersemayam dan sebagainya, Taman Sari yang luas turut memberikan anda banyak ruang untuk bergambar.

Menggunakan tiket yang sama, anda boleh ke Sumur Gumuling yang terletak berdekatan dengan Taman Sari. Masjid bawah tanah ini boleh dimasuki melalui terowong.

Dua tarikan ini wajib anda singgah jika Jogja berada dalam destinasi percutian.



Info:
  1. Tiket berharga 15,000 rupiah (RM4.40) seorang
  2. Jika anda membawa kamera, anda akan dikenakan bayaran 3,000 rupiah (0.80 sen)seorang
  3. 60 – 90 minit adalah masa yang sesuai diperuntukkan di dua tarikan ini.
  4. Kompleks akan dibuka pada jam 9 pagi. Pergi seawal mungkin untuk mengelakkan keadaan yang sesak.
  5. Daniel bagi 4/5 bintang!

2. Candi Prambanan

Candi Prambanan merupakan kuil terbesar di Indonesia. Berbeza dengan candi Borobudur, Prambanan merupakan kuil bagi agama Hindu.

Terdapat tiga kuil utama di dalam Prambanan iaitu Shiva Mahadeva, Candi Vishnu and Candi Sewu. Keseluruhan kawasan ini terdiri daripada 240 kuil besar dan kecil!



Info:
  1. Anda perlu ada seawal 4 pagi untuk menikmati pengalaman matahari terbit.
  2. Beli tiket kombo (Prambanan dan Borobudur) untuk harga yang lebih murah. Tiket masuk kombo hanya boleh dibeli di kaunter tiket Prambanan. Tiket masuk berharga 550,000 rupiah (RM164)
  3. Bawa payung jika anda pergi waktu tengah hari. Panas!

3. Candi Borobudur

Candi Borobudur yang dibina sekitar abad ke-9 merupakan kuil bagi agama Budha. Keseluruhan kawasan ini terdiri daripada 9 tingkat dihiasi dengan 2672 panel bercetak dan 540 buah patung Budha!

Candi ini antara kawasan yang wajib singgah apabila anda berada di Jogja.

Mahukan lagi pengalaman yang menarik, anda berpeluang menikmati matahari terbit yang begitu indah.



Info:
  1. Sama seperti Prambanan, anda perlu ada seawal 4 pagi untuk menikmati pengalaman matahari terbit.
  2. Jika anda pelajar, bawa kad pelajar untuk dapatkan harga pelajar.
  3. Dari Prambanan ke Borobudur mengambil masa selama satu jam 30 minit perjalanan.
  4. Kedua-dua candi ini, Daniel bagi 5 bintang!

4. Jalan Malioboro

Kawasan yang paling happening untuk membeli-belah! Keseluruhan jalan Malioboro menawarkan pelbagai barangan daripada makanan, cenderamata, barangan seni, baju dan pelbagai lagi.

Jangan lepaskan peluang ke China Town yang dibuka sekali seminggu untuk pelbagai hidangan asli Indonesia.



Info:
  1. Jangan layan jika ada penjual tempatan yang meminta anda melihat hasil pameran/seni mereka. Kebanyakan mereka terdiri daripada scammer.
  2. Mesti cuba pencuci mulut Ronde. Jangan lupa makan satay minang yang cukup enak.
  3. Selain masuk ke dalam kawasan kompleks membeli-belah, kawasan kedai sekitar jalan Malioboro juga menawarkan pelbagai barangan menarik.
  4. Daniel bagi 4/5 bintang!