Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

#GempakWeeklyEdition: Catatan Kecil Buat Allahyarham Pak Lah Yang Disayangi Rakyat Jelata

Maliah Surip 20/04/2025 | 12:53 MYT
Hampir satu pekan negarawan Allahyarham Haji Abdullah Ahmad Badawi atau akrab dikenal rakyat jelata sebagai Pak Lah dijemput pulang ke negeri abadi.
Namun hampir satu pekan ini juga, masih banyak catatan kecil, memori besar dan sekadar kenangan atau anekdot menyampaikan ‘suara’ tentang mantan Perdana Menteri Kelima Malaysia ini masih bertebaran di pelbagai platform media sosial.
Dan hampir kesemuanya ; daripada pesohor negara sehingga marhaen menukilkan yang indah-indah tentang Pak Lah yang berpulang ke Rahmatullah pada usia 85 tahun pada 14 April 2025 di Institute Jantung Negara, (IJN), Kuala Lumpur.
Sebagai pemimpin negara dari tahun 2003 hingga 2009, Pak Lah, laki-laki dengan wajah redup dan tidak lekang senyum disifatkan sebagai pemimpin berjiwa tenang. Selaku ketua negara, Pak Lah juga terkenal dengan sifat merendah diri. Dirinya sentiasa amanah dalam mentadbir negara dan menjunjung prinsip integriti yang membuatkan beliau sentiasa dihormati.
Sosok Pak Lah juga tidak akan dilupakan sebagai individu yang mengubah ‘pekan koboi’ Kepala Batas menjadi bandar baharu yang pesan membangun ; dan jasanya itu akan sentiasa basah dalam ingatan warga Kepala Batas.
Bagi rakyat jelata biasa yang bukan pengikut setia hal-hal retorik, propaganda atau politik negara, sosok Pak Lah juga tidak pernah ‘menyakiti’ ; Allahyarham sangat sederhana baik dari segi perlakuan atau percakapan - menyenangkan jika boleh disimpulkan sepanjang pemerintahan dan kehidupannya di dunia.
Kini sosok laki-laki sederhana yang salah satu kemahirannya menulis puisi ; kebanyakannya tentang kerohanian seperti yang menjadi sohor kini, Ku Cari Damai Abadi sedang menuju keabadian. Pun demikian, jasa dan seluruh kebaikannya masih dicanang-canang — menimbulkan keghairahan beginilah pemergian seorang manusia yang mahu dikenang.
Baca selanjutnya di Gempak Weekly Edition!
#Meninggal Dunia #Belasungkawa #Menteri #Pak Lah #Perdana #Tun Abdullah Badawi #GWE