Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

#GempakWeeklyEdition: Kecoh Perseteruan Anak-Beranak, Patut Dedah Di Media Sosial Atau Selesai Sendiri?

Maliah Surip 27/04/2025 | 20:28 MYT
Aidilfitri belum sebulan. Budaya maaf-memaafi masih ‘basah’ di bibir tapi sudah ada yang kembali masuk ke gelanggang perseteruan.
Itu yang terjadi sepanjang minggu lalu apabila beberapa pasangan anak-beranak terkenal di Malaysia ‘kecoh’ dengan masalah masing-masing. Siapa dan mengapa mereka berseteru? Hanya Allah yang tahu, apapun mari kita doakan yang terbaik buat mereka.
Marissa - Abby Abadi
Bermula dengan konflik bersama anak perempuannya, Marissa Dania Hakim, Abby Abadi kembali menjadi buah mulut pengguna media sosial kerana membuka sedikit demi sedikit kisah lampau hidup sewaktu menjadi isteri kepada Norman Hakim.
Ironi kisah renggang Abby dan Marissa bukan sesuatu yang baharu. Dua beranak ini sudah lama ‘berseteru’ selepas Marissa menjadi isteri kedua kepada Aslam dan keputusan itu tidak direstui selepas gadis tersebut membelakangkan Abby sebagai ibu dan menikah di Thailand pada 2023.
Semua konflik kembali memanas apabila ada dalam kalangan netizen mahu Abby melakukan permohonan maaf kepada isteri pertama Aslam atau madu Marissa iaitu Umisya Mazlan.
Abby sebaliknya meminta Aslam untuk datang memohon maaf dan Marissa mula bersuara menyebelahi suami dan perseteruan mereka berpanjangan lalu terlondeh hal-hal tak sepatutnya termasuk isu nafkah.
Anju - Aunty Aini
Tiada angin tiada ribut pelakon sensasi Zarina Anjoulie pun ikut masuk dalam ‘keramaian anak-beranak’.
Anju mendakwa ibunya Aunty Aini atau nama sebenar Norzaini Abdul Hamid sebagai seorang narsistik dan cemburukan anak sendiri. Aunty Aini juga disifatkan sebagai manusia yang hanya berpura-pura baik di hadapan orang ramai.
“Mak aku ni suka cerita buruk aku depan orang lain. Jenis kalau dia tak suka dia akan hasut orang lain tak suka sama. Termasuk anak sendiri,” dakwa Anju, 37.
Malah Anju mendakwa ibunya pernah meminta agar dia tidak memberitahu umum tentang hubungan mereka sebagai anak beranak.
Namun mujurlah setakat artikel ini ditulis, ibu Anju tidak memberi respons tentang pertuduhan buruk yang dilemparkan kepadanya oleh anak sendiri.
Ben Ladin - Keluarga
Lama tidak dengar cerita tentang penyanyi muda Ben Ladin, tiba-tiba muncul dengan konflik keluarga bersama ibu dan bapanya.
Pemilik nama sebenar Muhammad Benladen Munshi Shaihan mendakwa pendidikan dua adiknya terabai.
“Kereta aku tak pernah tuntut sebelum ini fikirkan adik-adik nak sekolah. Sampai hari ini aku dapat tahu adik aku tak sekolah. Seorang dah 12 tahun, seorang lagi 8 tahun,"luahnya
Dia juga mendedahkan ada pihak melakukan penipuan sehingga mencecah ratusan ribu ringgit.
Oleh kerana tidak tahan dengan kekecohan yang telah membuat dirinya huru hara kerana dicari mangsa penipuan, Ben Ladin juga sudah membuat laporan polis.
#Abby Abadi #Zarina Anjoulie #Ben Ladin #Marissa Dania #Keluarga #Seteru #GWE #Gempak Weekly Edition