#GempakWrapped2022 Hilang Dimata Tetap Di Hati, Pemergian Paling Mengejutkan Sepanjang Tahun 2022
Amri Hassan
02/01/2023 09:45 MYT
02/01/2023 09:45 MYT
Industri seni tanah air terus dikejutkan dengan pemergian beberapa selebriti yang banyak menabur bakti menghiburkan peminat.
Tiada galang ganti! Kehilangan ini memberi kesan mendalam kepada setiap insan yang mengenali mereka.
Antara nama besar yang pergi menghadap Ilahi tahun 2022 ialah Allahyarham Adibah Noor, Bob Lokman, Aman Shah dan Hamid Gurkha.
Gempak Wrapped 2022 menghimpunkan semula anak seni tempatan yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kita semua. Al-Fatihah
Adibah Noor
Allahyarham Adibah Noor menghembuskan nafas terakhir pada 18 Jun 2022 di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur dipercayai akibat kanser ovari tahap empat.
Beberapa minggu sebelum meninggal dunia, Adibah yang juga bintang GegarVaganza musim ke-8 itu berkongsi perubahan berat badannya yang turun drastik.
Hamid Gurkha
Selepas dimasukkan ke hospital akibat kesukaran bernafas, pelakon legenda ini meninggal dunia pada 14 Jun 2022.
Dilaporkan, Allahyarham pernah dijangkiti virus COVID-19 pada Mei.
Aman Shah
Pelantun lagu popular Kepulangan Yang Dinanti itu dilaporkan menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) seminggu sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Allahyarham meninggal dunia pada 14 September 2022 akibat serangan jantung.
Bob Lokman
Pelakon dan penulis lirik popular, Allahyarham Bob Lokman meninggal dunia di kampung halamannya di Kubang Kerian, Kelantan pada 23 September 2022.
Kesihatan Allahyarham juga dilaporkan kurang baik beberapa bulan sebelum meningga dunia.
Hisham Ahmad Tajudin
Pelakon legenda itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun di Hospital Shah Alam, 12 Oktober 2022.
Allahyarham berada dalam keadaan kritikal dan dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Syazlin Zainal
Baru berusia 22 tahun, Allahyarham Syazlin Zainal yang didakwa meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di Johor Bahru pada 10 November 2022 amat mengejutkan ramai!
Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2 pada keesokan harinya.