#GempakWrapped2022: Indonesia Penuh Kejutan! Dari Kes Pukul Lesti Kejora, Bomoh Hujan Rara, BCL ‘Hamil’ Sampai Begitu Syulit Melupakan Rehan
Maliah Surip
29/12/2022 14:45 MYT
29/12/2022 14:45 MYT
Indonesia ikut menutup kalender 2022 dengan beragam berita mengejutkan, sensasi dan menyita perhatian dunia. Bukan sahaja dari lapangan hiburan, berita terhangat republik tersebut datang dari dunia politik sehingga masyarakat marhean.
Berikut beberapa rangkuman dan faktanya.
Lesti Kejora Kena Pukul, Cekik - Berbaik Dengan Suami, Rizky Billar Sampai Kena Boikot
Pada 28 September lalu, dunia hiburan Indonesia dikejutkan dengan berita Lesti Kejora membuat laporan polis terhadap suaminya, Rizky Billar selepas dipukul dan dicekik dalam pergaduhan yang berlaku di kediamannya.
Berita tersebut menjadi topik utama media tempatan selama berminggu minggu, apa lagi pasangan tersebut baru mendirikan rumah tangga kurang dua tahun.
Isu pergolakan rumah tangga pasangan selebriti muda itu kemudian diiringi dengan video video yang dikatakan aksi Billar melakukan penderaan terhadap Lesti termasuk membaling bola snuker terhadap wanita itu.
Meski banyak campur tangan dan ketidak puas hati bukan sahaja dalam kalangan keluarga, rakan dan peminat, Lesti membuat keputusan untuk menarik balik laporan polis yang dibuat selepas 16 hari terhadap suaminya .
Lesti mengatakan faktor anak menjadi alasan dia menarik laporan tersebut. Hal itu membuatkan masyarakat Indonesia marah dan memboikot pasangan tersebut, termasuk tidak membenarkan televisyen menyiarkan konten keduanya kerana disifatkan menormalisasikan budaya penderaan dalam rumah tangga.
‘Demam’ Begitu Syulit Melupakan Rehan
Tahun 2022 juga menyaksikan seorang wanita mendadak viral lantas popular hanya kerana video dirinya menangis mendendangkan lagu milik The Junas berjudul Cukup Dikenang Saja dalam versinya tersendiri.
Intan Sriastuti atau Intan Lembata Bunting yang berasal dari Nusa Tenggara Timur itu menjadi viral kerana mendendangkan lagu Begitu Syulit Melupakan Rehan.
Ironi, Rehan adalah lelaki imaginasi yang didakwanya wujud. Dan aksi Intan dengan Begitu Syulit Melupakan Rehan sempat menjadi ikutan dalam kalangan pemuzik tempatan termasuk Ariel Noah yang menontonnya bersama grup serta pengguna media sosial lainnya termasuk di Malaysia.
Penyanyi Widuri, Bob Tutupoly Meninggal Dunia
Indonesia kehilangan salah seorang penyanyi legendaris mereka, Bob Tutupoly pada 5 Julai 2022.
Pelantun Widuri itu dilaporkan meninggal dunia pada usia 82 tahun selepas sempat berjuang melawan sakit stroke.
Sempat berada di ICU selama satu bulan, Bob Tutupoly meninggal dunia di RS Mayapada, Jakarta Selatan.
Rara, Si Bomoh Tolak Hujan di MotoGP Mandalika
Selain sensasi di dunia hiburan, kejutan juga datang dari aksi seorang bomoh hujan yang dikenali sebagai Rara Istiati Wulandari.
Rara, bomoh asal Jawa yang kini menetap di Bali menjadi viral di seluruh dunia selepas aksinya melakukan ritual menghentikan hujan di tengah trekMotoGP Indonesia.
Peristiwa itu terjadi pada bulan Mac 2022 di trek Mandalika sekaligus menjadi pengalaman tersendiri bagi para rider luar negeri. Bahkan, juara dunia MotoGP Fabio Quartararo sampai meniru aksi ‘tolak hujan’ di paddock.
Anak Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil Lemas di Sungai Aare, Bern, Switzerland
Pil pahit dan sesuatu yang amat ditakutkan siapapun harus ditelan Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil dan keluarga apabila kehilangan anak kesayangan mereka, Emmeril Kahn Mumtadz (Eril).
Lebih mendukacitakan, Eril meninggal dunia kerana lemas dan sempat hilang di Sungai Aare, Bern, Swis pada bulan Jun lalu.
Memetik laporan, Eril dipercayai hilang sewaktu berenang bersama adiknya Camillia Laetitia Azzahra, dan teman mereka, di sungai berkenaan, yang terletak berdekatan pusat bandar.
Anak sulung Ridwan itu berada di Switzerland bersama keluarganya untuk mencari institut pendidikan bagi melanjutkan pendidikannya sehingga ke tahap sarjana.
Fenomena Citayam Fashion Week; Dari Jalanan Sampai Selebriti ‘Kena Sampuk’
Berawal dari aksi segerombolan remaja yang datang dari luar daerah Jakarta, termasuk Citayam untuk melepak di kawasan berdekatan stesen Dukuh Atas, ia berakhir dengan sebuah fenomena.
Ironi, Citayam Fashion Week bukan sebuah peragaan mingguan secara komersial, namun julukan tersebut diberikan masyarakat kerana kehadiran ratusan remaja dengan fesyen dan penampilan unik semata mata untuk menarik perhatian berlaku hampir saban hari.
Selepas aksi dengan penampilan mereka melintas lintasan zebra di kawasan tersebut viral, banyak selebriti ikut tertarik termasuk Baim Wong yang mahu membuat ia lebih komersial sehingga menimbulkan polimek.
Cukup menjadi bualan hangat sekitar Julai lalu, kini fenomena Citayam Fashion Week sudah ‘cair’ sekaligus membuatkan para ‘superstar’ yang dikejar media dan lahir dari jalanan ini kembali kepada kehidupan biasa serta tidak lagi dipedulikan sebagai konten.
BCL Difitnah Hamil, Padahal Buncit & Ambil Gambar Salah Posisi
Sesuatu yang mengejutkan juga datang dari bintang terkenal Bunga Citra Lestari atau BCL.
Kasihannya, BCL difitnah hamil dalam media sosial gara gara foto perutnya kelihatan buncit. Lebih sadis, ada netizen mendakwa penyanyi yang merupakan ibu tunggal satu anak itu sedang hamil anak dari sahabat seindustri, Ariel Noah.
BCL bagaimanapun menafikan fitnah tersebut sewaktu hadir ke Malaysia untuk mempromosikan konsertnya, BCL Blossom Intimate Concert yang bakal berlangsung pada tahun hadapan.
“Saya sedih dengan perbuatan 'body shaming' yang dilakukan. Tetapi, saya tahu tak semua faham kenapa perut saya nampak sedemikian.
"Ada banyak aspek yang mempengaruhi. Antaranya, kedudukan bentuk tubuh, sudut gambar diambil, pencahayaan dan perut kembung akibat datang bulan.
“Saya juga suka makan tengah malam. Lagipun, saya bukan muda lagi, akan mencapai usia 40 tahun dalam masa beberapa bulan lagi. Jadi, tentunya banyak perubahan yang berlaku," katanya.
Anak Jokowi Nikah, Tetamu Datang Naik Jet Peribadi, Jalan Tutup
Pernikahan putera bongsu Presiden Joko Widodo (Jokowi), Kaesang Pangarep dan Erina Gudono yang berlangsung pada 10 Disember lalu mungkin menjadi kemuncak kepada warna warni kalender 2022 republik tersebut.
Ia menjadi pusat perhatian kerana majlis tersebut dijalankan dengan penuh mewah dan meriah di wilayah Boyolali di bahagian timur Jawa Tengah.
Selain ada jalan yang ditutup dan dikhabarkan memesan 82 pasang pakaian yang dipakai kedua keluarga lengkap aksesori mewah sewaktu majlis, berita mengenai para tetamu yang diundang datang menaiki jet peribadi juga menyita perhatian.
Dilaporkan Jokowi menerima tetamu dalam kalangan pemimpin dunia dan selebriti dengan kebanyakannya hadir menaiki lebih 40 jet peribadi.