HOLLYWOOD

Gempar, Rapper Merayau Berseluar Dalam Ditahan & Dihantar Ke Hospital

Maliah Surip 23/08/2025 | 14:55 MYT
Rapper Lil Nas X ditahan pihak berkuasa selepas merayau di jalanan dengan hanya memakai seluar dalam dan kasut boots pada Khamis lalu.

Pemenang Grammy itu ditahan selepas orang awam membuat aduan terhadap seorang lelaki dilihat merayau dan seperti hilang arah dengan hanya berseluar dalam di Ventura Boulevard, Los Angeles, sekitar pukul 5.30 pagi waktu tempatan, lapor BBC.

Menurut laporan sama, penyanyi Old Town Road itu ditahan sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan. Malah menerusi rakaman video yang disiarkan TMZ, Lil Nas X dilihat merayau serta menari di jalanan dengan berseluar dalam dan kasut boots.

Lelaki berusia 26 tahun itu kemudian mengajak orang awam yang melalui jalan tersebut ‘menyertai pesta’. Ironi rapper itu memang akan muncul dengan album studio keduanya, Dreamboy, tahun ini.

Dilahirkan dengan nama Montero Lamar Hill, Lil Nas X merupakan pemenang Country Music Association selepas dinobatkan dengan kemenangan Old Town Road pada 2019.

Lagu yang sama memenangi dua anugerah Grammy dan memecah rekod sebagai lagu paling lama di carta dengan 17 minggu di tangga pertama.
#Viral #Hollywood #hospital #rapper #Merayau #Lil Nas