Pelakon Zara Zya mencuri perhatian wargamaya apabila mendukung kucing peliharanya yang besar dan gemuk.

Menerusi laman sosial Instagram, Zara berkongsi sekeping foto mendukung kucing comel itu yang diberi nama Beshetik.

“Hanya dia tahu macam mana saya sayang pada dia @Beshetik,” tulis Zara sebagai kapsyen.

Hanya dia tau macam mana saya sayang pada dia... @beshetik ❤️

A post shared by ZaraZya (@zarazya) on


Beshetik antara kucing popular di laman sosial yang mempunyai akaun Instagram tersendiri.

Terkini, kucing berwarna oren putih itu telah mengutip hampir 100,000 pengikut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya teruja melihat saiz Beshetik yang hampir menyeruoai saiz seorang kanak-kanak apabila didukung.

Malah, ramai yang bertanyakan menu makanan yang diberikan kepada kucing kesayangannya itu kerana Beshetik sentiasa kelihatan gebu dan sihat.



“Demoknya budak tu! Nak gigit perut,” tulis pelakon Elly Mazlein.

“Gebunya! Geram tengok. Muka garang naw,” kata seorang wargamaya.

“Masya-Allah besarnya! Bagi makan apa ni?” tanya seorang wargamaya.

“Sikit lagi jadi sama besar la dengan tuan dia,” usik seorang wargamaya.

Sehingga kini, foto Zara bersama kucingnya itu telah mendapat hampir 45,000 tanda suka daripada wargamaya.