Genap 3 Tahun Anak Tercinta Pergi Menemui Ilahi, Nukilan Ibu Fauziah Nawi Undang Sebak Netizen
Shahrin Zulkifle
04/11/2022 09:00 MYT
04/11/2022 09:00 MYT
Selepas tiga tahun pemergian anak tercinta, pelakon senior Fauziah Nawi masih tidak dapat menahan rasa rindu kepada arwah anaknya itu, Firdaus Mohamad Hanif atau mesra disapa Pitt Hanif.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Fauziah meluahkan rasa rindunya itu dengan menulis sebuah nukilan buat arwah.
“Genap tiga tahun engkau wahai anak buah hati ku pergi menyahut panggilan Rabbmu. Moga kau dalam Ehsan Kasih Nya.
“Moga kau ditempatkan bersama mereka yg diRahmati.Diluaskan kuburmu dijadikan taman taman syurga diterangi kuburmu dgn EhsanNya.
“Moga segala titipan doaku disampaikan dan diterima. Aku bersyukur setiap hari aku masih mampu dgn Keizinan Nya menitipkan doa buat kalian juga seluruh Muslimin Muslimat Mukminin Mukminat.
“Ya Allah moga Engkau Redha akan anak ku ini sebagaimana aku redha terhadap anak ku. Moga Allah Taala menerima dan menganugerahkan EhsanNya kepadamu. Kau selalu dihatiku, selalu dalam doaku,” kongsinya.
Sementara itu, di ruangan balas rata-rata pengikut Fauziah turut tersentuh dengan nukilannya itu.
Terdahulu, Pitt Hanif ditemui mati lemas di Sungai Jelai, Lepas, Pahang apabila bot yang dinaikinya karam pada tragedi yang berlaku Oktober 2019.
Arwah meninggalkan seorang balu yang juga merupakan pelakon Farah Ahmad serta tiga orang cahaya mata.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini