Genap Dua Minggu Berkahwin, Kaka Azraff Buat Ujian Kehamilan

Asraf Aided
Disember 28, 2018 09:12 MYT
Mencetuskan tanda tanya, pasangan yang baru mendirikan rumah tangga pada 14 Disember lalu, Kaka Azraff dan Adam Azriff telah melakukan ujian kehamilan.
Ujian itu dilakukan sendiri pasangan itu di kediaman mereka hari ini.
"Let see if you are pregnant inside or just sh*t inside here," kata Adam dalam video yang dimuat naik menerusi Instastory miliknya.
Menerusi rakaman siri video berkenaan, Kaka kelihatan tekun membaca langkah-langkah melakukan ujian kehamilan itu.
Bagaimanapun, menerusi ujian kehamilan itu Kaka mendedahkan dirinya belum berbadan dua sambil tertawa.
Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember selepas majlis merisik yang diadakan pada 27 November lalu.
#Kaka Azraff #Kaka Azraff #Adam Azriff