Sekumpulan ahli sukan baseball Israel menerima kecaman wargamaya kerana bertindak merosakkan katil kadbod di perkampungan atlet sukan Olimpik Tokyo 2020.

Menerusi laman sosial Twitter, tular sebuah video daripada TikTok seorang atlet dikenali sebagai Ben Wenger yang mahu menguji ketahanan katil kadbod tersebut dan akhirnya menyebabkan katil tersebut hancur.


Menerusi perkongsian berdurasi 45 saat itu, Wenger merupakan orang pertama melompat di atas katil tersebut sebelum seorang demi seorang atlet Israel memanjat sehingga cukup 9 orang lalu menyebabkan katil tersebut musnah dan tidak lagi boleh digunakan.

Meninjau ke laman Twitter, aksi tersebut mengundang rasa berang wargamaya Malaysia yang rata-ratanya melabel perangai atlet-atlet tersebut seperti seekor monyet.

Israel dari dulu bat** dengan semua benda. Sebab tu lah tuhan tak bagi dia negara. Jahanam,” komen seorang wargamaya.

Walaupun mereka kata katil tu boleh tampung 200kg max, perlu ke nak cuba/sengaja naik ramai-ramai cam tu. Dah bagi kemudahan tapi dirosakkan. suruh tidur atas lantai nanti mengamuk pula,” luah seorang wargamaya.

Jepun ni macam dah tau-tau je perangai beruk, tak semenggah memasing. Ha, elok. Bagi katil kadbod. Rosak terus recycle,” tulis seorang wargamaya.

Lompat dah macam beruk, patutlah takde negara sendiri. Jenis malaun macam ni memang suka rosakkan harta benda orang,” ujar seorang wargamaya.

Selain merosakkan, mereka juga merampas negara orang lain. Ini tidak aneh sama sekali. Hahahha,” kata seorang wargamaya.

Inilah dia generasi benak. Memalukan!” komen seorang wargamaya lagi.

Menerusi pemerhatian Gempak, video yang didakwa dimuat naik oleh atlet berkenaan pada hari Isnin itu telah dipadam.

Katil kadbod yang digunakan sepanjang penganjuran Olimpik edisi 2020 kali ini mendapat perhatian ramai kerana ia dipercayai bertujuan untuk mengelakkan sebarang aktiviti seks daripada berlaku.

Memetik laporan The Insider, pengurus besar perkampungan atlet Tokyo 2020, Takashi Kitajima berkata katil tersebut sebenarnya boleh menampung berat sehingga 200 kilogram.

Katil kadbod tersebut diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula oleh syarikat Jepun Airweave.