Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Generasi Kini Lebih Kenal Lagu, 6ixth Sense Tak terasa Hati - “Kami Pun Melalui Fasa…”

Asyikin Mayudin
22/08/2024 14:55 MYT
20 tahun dalam industri, kumpulan 6ixth Sense mengakui mereka sudah melalui pelbagai fasa sepanjang dalam karier muzik tanah air.

Kenal karya

Menurut Gjie, mereka menyedari generasi muda kini lebih mengenali karya-karya 6ixth Sense berbanding anggota kumpulan namun perkara itu tidak membuatkan terasa hati.

“Biasalah, kami pun melalui fasa turun dan naik dalam industri. Sekarang pun dah ada generasi baru yang mungkin masih lagu 6ixth Sense tengah hit, mereka masih kecil.

“Generasi itu lebih mengenali lagu 6ixth Sense daripada anggota kumpulan kami. Berbanding dengan sekitar tahun 2006, orang masih tahu dan kenal siapa ahli 6ixth Sense.

“Kenal lagi muka penyanyi, muka drummer macam mana. Mungkin sekarang ini, generasi baru hanya tahu lagu tapi tak tahu siapa,” kata Gjie kepada Gempak.

6ixth Sense ditemui ketika sidang media pengumuman konsert After Race Fest yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada Selasa.

Konsert 20 tahun

Dalam pada itu, Gjie turut memberitahu mereka kini dalam perancangan untuk mengadakan konsert sempena 20 tahun dalam industri muzik.

“Kami memang ada perancangan untuk adakan konsert sempena 20 tahun dalam industri. Tema pun ikut di mana kami akan menyanyikan 20 buah lagu yang terdiri daripada lagu-lagu hit.

“Tapi itu masih dalam perancangan kami, apa-apa pun kami akan umumkan di platform sosial media,” ujarnya.

Selain Gjie (pemain gitar), 6ixth Sense turut dianggotai oleh Adi selaku vokalis, Wan (pemain dram), Ayoy (pemain bass) dan Athan (pemain gitar).

#Industri Muzik #20 tahun 6ixth Sense #6itxh Sense #Kumpulan 6itxh Sense