EcoWorld bukanlah satu nama asing dalam bidang hartanah di Malaysia. Syarikat berusia enam tahun ini sentiasa menawarkan pelbagai jenis dan reka bentuk kediaman mengikut citarasa masyarakat masa kini. EcoWorld juga sentiasa menerajui pembaharuan untuk kekal relevan hingga ke masa akan datang.

Memperkenalkan For Generations, apakah manfaatnya untuk anda?

EcoWorld kini memperkenalkan For Generations di mana kediaman, persekitaran serta kemudahan sekelilingnya direka khas untuk semua generasi mengikut cara hidup dan kegemaran masing-masing.

Kehendak individu sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan EcoWorld juga harus sentiasa mengikut apa yang dikehendaki mereka. Berikut adalah pelbagai kemudahan dan keistimewaan yang ditawarkan buat semua generasi, yang mana satu bakal dimiliki anda?

Gaya Hidup “The Zen Generation”



Zen Generation selalunya ingin mencari ketenangan minda dan fizikal. Ruangan yang EcoWorld sediakan adalah bebas dari gangguan dan sangat menenangkan. Sudah tentu ia merupakan pilihan terbaik untuk anda bermeditasi dan merehatkan minda.

Gaya Hidup “The Explorer Generation”



Taman dan kawasan rekreasi yang disediakan boleh dimanfaatkan oleh generasi yang mengemari meneroka alam sekeliling. Bukan sekadar untuk kanak-kanak, reka bentuk, keluasan serta suasana yang menarik menjadikan ia sesuai buat semua lapisan umur.

Gaya Hidup “The Ever Learner Generation”



EcoWorld menawarkan ruangan ‘Life Space’ yang sesuai dijadikan sebagai ruang kelas untuk belajar pelbagai perkara baru. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah kelas melukis, muzik, solekan dan macam-macam lagi. Tiada lagi istilah ‘bosan’ dalam hidup anda!

Gaya Hidup “The Culinary Generation”



Untuk Generasi yang meminati bidang Culinary ini, memang wajiblah untuk anda menayangkan segala kemahiran memasak masakan yang enak serta kongsikan memori yang best bersama yang tersayang di ruangan khas untuk anda, pencinta Culinary ini.

Gaya Hidup “The Trend Seekers Generation”



Untuk yang sentiasa mengikuti trend, ruangan EcoWorld Labs adalah satu platform yang sesuai untuk mengekspresikan kreativiti! Ruangan ini direka penuh keceriaan, sesuai untuk anda meluangkan masa bersama rakan tersayang.

Gaya Hidup “The Minimalist Generation”



Kepada anda yang mencintakan sesuatu yang ringkas, EcoWorld menyediakan banyak kemudahan ruang yang serba sederhana dan menenangkan minda. Sudah tentu anda boleh lari sebentar dari kesibukan menguruskan kehidupan harian.

Gaya Hidup “The Digital Nomad Generation”



Kepada anda yang sentiasa sibuk dan bekerja ‘on the go’, EcoWorld menyediakan ruangan menarik yang bakal memberi ilham untuk anda mencari ispirasi. Suasana rekaan yang menarik ini mampu mencetuskan idea-idea yang inovatif.

Gaya Hidup “The Gym Rat Generation”



Masyarakat masa kini sangat mementingkan kesihatan, kecergasan dan mendapatkan susuk tubuh menarik. EcoWorld telah menyediakan gymnasium yang direka cantik dengan kemudahan yang lengkap buat anda, kini tiada lagi alasan untuk tidak meningkatkan kecergasan!

Gaya Hidup “The Nature Friendly Generation”



Pencinta alam sekitar pula boleh menikmati suasana sekeliling di EcoWorld yang hijau dan mendamaikan. Selain itu, anda juga boleh bercucuk tanam di ruang taman yang telah disediakan di luar rumah anda untuk dijadikan taman mini anda sendiri.

Gaya Hidup “The Pet Lover Generation”



EcoWorld juga menyediakan kawasan mesra haiwan (pet-friendly) yang sesuai untuk pencinta haiwan. Haiwan kesayangan anda bukan sahaja sebahagian dari keluarga, malah ia juga sebahagian dari komuniti EcoWorld, ‘happy pets, happy life’!

Gaya Hidup “The Artistic Generation”



Terdapat beberapa arca menarik yang terdapat di sekitar EcoWorld, ia dapat dijadikan inspirasi buat anda yang suka melukis dan melakukan aktiviti seni.

Gaya Hidup “The Bold Creator Generation”



EcoWorld juga menyediakan ruang berkonsepkan ‘Intelligent Space’ yang boleh dimanfaatkan sebagai ruang perbincangan dalam menghasilkan idea bernas dan kesepakatan bersama.

Gaya Hidup “The #POTD Generation”



Banyak tempat dan ruang di EcoWorld yang sesuai dijadikan latar belakang untuk anda yang sukakan fotografi dan perkongsian di media sosial. Sememangnya anda akan menyukai suasananya yang ‘Instagrammable’. Jadikan setiap detik itu sebagai memori untuk dikenang!

Gaya Hidup “The Collector Generation”



Kepada anda yang suka mengumpul koleksi barangan unik, EcoWorld menyediakan ruangan peribadi yang luas dan mencukupi untuk anda menyimpan dan mempamerkan koleksi barangan istimewa anda!

Semua itu hanya di EcoWorld tersedia untuk anda miliki dengan pilihan 5 projek terkini.

BRYDON

Jika anda gemarkan alam semulajadi dan seni bina, Eco Horizon’s Brydon yang terletak di Batu Kawan, Pulau Pinang adalah pilihan yang paling sesuai untuk anda seisi keluarga. Rekaan banglo dan semi-d yang terletak di kawasan selamat dan tenang membolehkan anda dan keluarga tercinta memperolehi ketenangan minda, sekaligus menikmati hidup secara maksimum.



CORA

Untuk rumah yang “vibrant” seperti diri anda, Cora di Eco Ardence, Shah Alam sangat sesuai kerana rekaan rumah taman, semi d dan banglonya hadir dengan clubhouse ekslusif, kawalan keselamatan terbaik dan laluan bertaman yang menarik di belakang rumah. Hub gaya hidupnya iaitu Ardence Labs, membolehkan anda berseronok dan makan-makan dalam persekitaran yang ceria. Hidup di Cora pasti
tidak akan membosankan.



HAZELTON

Mencari rumah yang sesuai untuk diri anda bagaikan “custom-made suit”? Hazelton di Eco Forest, Semenyih direka dengan prinsip ergonomic untuk kesemua jenis gaya hidup. Dengan konsep ErgoHomes (rekaan ekslusif EcoWorld), setiap unit dilengkapi dengan laman peribadi.



REGENT GARDEN

Reka sendiri rumah idaman anda dengan EcoWorld kerana tiada siapa yang lebih mengetahui apa yang anda inginkan. Konsep “Design to Own” di Regent Garden Eco Grandeur, Puncak Alam memberikan anda kebebasan dan fleksibiliti untuk mencipta rumah impian anda. Serlahkan keunikan rekaan rumah anda berbanding orang ramai hanya di Regent Garden, Eco Grandeur.



ROSÉ

Langkah masuk ke Rosé dan anda akan rasa seperti telah masuk sebuah Eden dengan rumah-rumah serta taman yang memukau. Diinspirasikan rekaan klasik dan kontemporari Perancis terbaik, anda pasti akan jatuh cinta dengan rumah teres yang mempunyai ruang tamu yang amat luas. Selamat datang ke Rosé.



Demikianlah senarai kemudahan dan keistimewaan yang disediakan EcoWorld buat semua Generasi. Tunggu apa lagi? Jom berkunjung ke bilik pameran EcoWorld berdekatan anda sekarang! Layari https://www.ecoworld.my/forgenerations/ untuk maklumat lanjut.