Laman Utama

Geng Gegar Pagi, Shah & Mek Zura Nak Belanja 100 Bungkus ‘Nasi Berlauk Lockdown’ Sabtu Ini!

gempak
Fiza Kamarudin
24/06/2021
06:45 MYT
Sponsor Banner
Geng Gegar Pagi, Shah & Mek Zura Nak Belanja 100 Bungkus ‘Nasi Berlauk Lockdown’ Sabtu Ini!
Penyampai Gegar Pagi, Shah dan Mek Zura dari stesen radio Gegar bakal menaja 100 bungkus ‘Nasi Berlauk Lockdown’ kepada pelanggan Siti Suhada Salleh yang tular baru-baru ini.
‘Nasi Berlauk Lockdown’ yang dijual Siti Suhada pada harga serendah RM1.50 di sebungkus di Kampung Alor Tal menjadi perhatian penduduk setempat.
Sehubungan itu, sebagai tanda sokongan kepada Siti Suhada 100 bungkus ‘Nasi Berlauk Lockdown’ akan diberikan secara percuma kepada pelanggan terawal.
Menurut Pengurus Kandungan Gegar, Raja Nadia Salwana Raja Hisham inisiatif Siti Suhada menjual nasi berlauk dengan harga yang sangat murah menarik perhatian Gegar Pagi.
“Nasi bungkus berlaukkan gulai ayam, gulai ikan dan ayam goreng serta nasi lemak dijual dengan harga RM1.50 sejak Pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (lockdown), awal bulan ini.
“Siti Suhada seorang ibu tunggal yang memahami kepayahan penduduk di kampungnya dan tidak kisah menjual nasi berlauk dengan harga yang sangat murah.
“Penyampai Gegar, Shah dan Mek Zura dari Gegar Pagi yang akan menaja 100 bungkus ‘Nasi Berlauk Lockdown’ kepada pelanggan Siti Suhada.
“Siti Suhada ketika dihubungi pagi tadi berkata, apabila dia masih ada keuntungan walaupun menjual nasi berlauk dengan harga murah, itu menjentik hati kami.
“Oleh itu penyampai Gegar Pagi mengalukan Penduduk Kg Alor Tal utk berkongsi rezeki Nasi Berlauk Lockdown’ percuma Sabtu ini melalui agihan dari Siti Suhada,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Terdahulu, menerusi panggilan telefon bersama Gegar Pagi Siti Suhada berkata selepas dua minggu menjaja dengan motosikal, dia menukar kaedah jualan dengan membuka meja supaya pelanggan dapat datang secara terus.
Katanya lagi, dia mempunyai banyak masa terluang kerana tidak dapat keluar bekerja, lalu dimanfaatkan mencari rezeki dengan berniaga.
"Saya mula memasak jam 11 malam. Mulai jam 3 pagi, saya dan adik memulakan kerja membungkus nasi yang sudah ditempah pelanggan sebelum bersambung jam 7 pagi sebaik gerai kecil di hadapan rumah dibuka,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live