HIBURAN
Geng Ngaji Terima Tetamu Diraja! Tengku Permaisuri Selangor Berkenan Alunkan Ayat Suci al-Quran
Program keagamaan popular, Geng Ngaji, bakal mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya menerima kehadiran tetamu Diraja pada musim keenam ini.
Menjunjung kasih, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, berkenan mencemar duli menyertai program tersebut.
Lebih istimewa, Baginda akan mengaji bersama Sheikh Abdul Karim Al Makki, Fakhrul Radhi, serta Ustazah Sofizah Mousin menerusi aplikasi Skype.
Program Geng Ngaji yang bersiaran sepanjang bulan Ramadan akan menampilkan episod istimewa ini secara langsung pada Selasa, 25 Mac 2025, jam 6 petang.
Para penonton boleh menyaksikannya di Astro Oasis (saluran 106), On Demand, Astro Go, sooka, atau YouTube Gempak.
Semoga kehadiran Tengku Permaisuri Selangor memberi inspirasi kepada semua untuk terus bertadarus dalam malam-malam akhir Ramadan, serta berusaha mencari keberkatan malam Lailatulqadar. Jangan lupa untuk menyaksikan momen bersejarah ini!
Must-Watch Video