Hiburan
Genggam Dan Cium Baju Abam, Runtun Hati Lihat Fad Menangis Peluk Achey
Pelawak Fad Bocey tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja bertemu Achey di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.
Sebaik sahaja ternampak rakan baiknya dipintu keluar KLIA, Fad terus meluru dan memeluk Achey.
Pada mulanya Fad kelihatan tenang namun air matanya gugur sewaktu memegang baju arwah Abam yang dibawa Achey.
Paling meruntun hati apabila kedua-dua sahabat itu menangis ketika mencium dan mengenggam baju Abam.
BACA: “Separuh Jiwa Fad Hilang, Asyik Ulang Abam Dah Tak Ada” - Luluh Hati Isteri Lihat Keadaan Fad
Menerusi posting terbaru di akun Instagramnya, Fad menyatakan seolah-olah arwah masih bersamanya.
Terdahulu, Fad dan keluarga berada di Jepun untuk bercuti.
Abam atau nama sebenarnya Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada Isnin.
Must-Watch Video