Pelakon Aedy Ashraf nekad untuk membawa kes insiden pergaduhan di sebuah gelanggang futsal di Subang, Jumaat lalu ke muka pengadilan.

Menurut Aedy, kes berkenaan masih belum selesai dan sebab itu dia mahukan keadilan yang sewajarnya.

“Sebenarnya kes tu tak selesai lagi. Sebab apa saya bersuara sebab ia membabitkan team bola saya, Challo FC.

“Individu yang kena pukul tu penjaga gol & player Challo FC, dia juga kawan saya.

“Thats why saya tarik kes ke mahkamah, sebab saya tak mahu isu ni settle begitu saja,” katanya.

Tambahnya, dia merasakan budaya gangster di gelanggang futsal tidak sepatutnya berlaku di Malaysia mahupun mana-mana negara.

“Mereka geng YouTuber ini adalah influncer, mereka ada pengaruh yang kuat, terutama budak sekolah yang tengok video-video mereka.

“Jadi bila jadi kes viral macam ni, if tak ada tindakan terhadap gangsterisme, benda ni tak baik untuk masa depan adik-adik kita.

“Bila ada kes sebegini, budak-budak nampak polis akan ambil tindakan berat, jadi mereka akan takut.

“Saya mahukan keadilan, itu saja,” katanya yang juga pelakon Projek: Anchor SPM.

A post shared by Challo FC (@challofc)

Sekadar info, Jumaat lalu viral satu video berdurasi lapan saat di media sosial yang menunjukkan YouTuber bersama beberapa rakannya didakwa bertindak ganas memukul seorang pemain futsal hingga cedera dalam satu pergaduhan di Gelanggang Futsal Ferro di Subang.

Dalam kejadian kira-kira 10.20 malam itu, mangsa didakwa diserang oleh 25 orang termasuk YouTuber hingga mengalami kecederaan teruk di muka dan badan.

Kejadian pergaduhan itu berlaku ketika berlangsung perlawanan persahabatan futsal membabitkan dua pasukan.

BACA: Tanggung Rugi RM40,000, Subscriber Pula Berkurang Jadi 2.03 Juta...Isa Isarb Mohon Maaf!