Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Genre Solve Crime Ni Memang Fav Aku” - Netizen Puas Layan Jaga-Jaga Senariounion, Tak Sangka Ada Plot Twist!

Hanafis Haris
10/05/2022 06:13 MYT

Filem Jaga-Jaga Senariounion yang ditayangkan sejak dua minggu lalu terus mendapat pujian dan kritikan positif daripada penonton.

Menerusi pemantauan Gempak di Twitter, kebanyakan netizen meluahkan rasa puas mereka apabila filem kali ini jauh berbeza dengan konsep terdahulu.

Rata-ratanya cukup senang dengan elemen atau genre ‘crime investigation’ yang cuba disampaikan oleh pengarah tersohor Aziz M Osman.

Biarpun banyak mengajak penonton untuk berfikir siapakah dalang di sebalik kejadian, namun elemen komedi masih padat dan sarat!

“Untuk peminat setia Senario macam aku yang layan Senario dari zaman Senario The Movie dari zaman Rumah Hantu, kku nak cakap #SenarioUnion kali nih sempoi.

“Kau kena layan santai, plot twist dia langsung tak terfikir. Siapa peminat Senario belum tengok bolehlah langgan #AstroFirst”.

“Rating 6.5/10, genre solve crime ni memang fav aku dan boleh ckp movie ni berjaya buat kita nak fikir dalang dia. And yang bestnya ada banyak benda plot twist,” kata beberapa netizen.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.

Sekadar info, Sekadar info, kisah Jaga-Jaga Senariounion bermula di hari majlis pernikahan anak Dato Hamdan dan Azlee, di mana keluarga Datuk Hamdan telah disamun ketika dalam perjalanan ke rumah bakal besannya.

Apa yang peliknya, perompak-perompak tersebut hanya merompak barang-barang hantaran sahaja.

Setibanya di rumah pengantin, setiap seorang daripada mereka tidak kira keluarga pengantin lelaki atau pengantin perempuan telah disyaki merancang untuk sabotaj majlis tersebut. Semuanya menjadi teka-teki.


#Senario #Senariounion #Jaga-Jaga Senariounion
;