Laman Utama
Georgina Larang Cristiano Ronaldo Ganti Mentol Lampu Di Rumah, Alasannya ...
Pasangan kepada pemain bola sepak antarabangsa Cristiano Ronaldo, Georgina Rodriguez sanggup menukarkan sendiri mentol lampu di kediaman mereka dan tidak mengizinkan melakukan tugas berat di rumah.
Langkah itu dilakukan bagi mengelakkan pemain Juventus itu berdepan risiko sekiranya terjatuh ketika melakukan tugas tersebut.
Selain itu, Rodriguez, 27, memberitahu dia turut melarang Ronaldo, 36, ke dapur untuk memasak.
"Dia seorang 'super dad' dan suami yang saya idam-idamkan. Tetapi dia tidak dibenarkan memasak.
"Selepas latihan pada waktu pagi, dia berhak mendapat sepinggan hidangan enak yang disediakan untuknya. Kadang-kadang kami akan panggil cef untuk memeasak.
"Sama juga dengan kerja rumah lain seperti menukar mentol lampu, kediaman kami punyai siling yang tinggi, kalau anda Cristiano Ronaldo, adakah anda akan melakukannya?
"Lebih baik tak payah. Jaga diri sendiri dan dedikasikan diri untuk melakukan perkara yang terbaik. Biar saya lakukan yang selebihnya," kata Rodriguez.
Rodriguez terbuka untuk berkongsi kisah kehidupan mereka apabila kerap diajukan soalan dari peminat.
Jelas Rodriguez, selepas lebih lima tahun hidup bersama Ronaldo, dia akan memanggilnya 'marido' (suami dalam bahasa Sepanyol) dua kali setiap minggu.
Must-Watch Video