Aktres popular 1990-an, Norazah Aziz meluahkan rasa syukur apabila berjaya mendapatkan semula akses akaun Instagram miliknya yang digodam minggu lalu.

Menurut Norazah, banyak gambar kenangan yang pernah dimuat naik sebelum ini juga didapati sudah hilang sebaik berjaya mendapatkan semula akaun miliknya itu.

"Berita baik, saya sudah dapat semula Instagram. Digodam, penggodam dari Turki. Geram aku...dia padam semua orang yang saya follow. Sekarang kena add semula.

"Sebahagian gambar dari Oktober 2019 hingga Mei 2020 juga sudah tiada lagi. Tak apalah, sekurang-kurangnya saya dapat semula Instagram saya," katanya menerusi satu entri di Instagram miliknya.

My Ryan Birthday today ?? Good news, I got back my IG, got hacked ,hacker from turkey..geram aku..dia delete all the people that saya followed..now kena add back.. some off my pictures from Oct 2019 to May 2020 r gone..Tak pelah at least got back my IG. ????

A post shared by Norazah Aziz (@azahmontreal) on


Menurut Norazah, biarpun banyak gambar kenangan sudah tiada di akaun @azahmontreal, dia bersyukur kerana mempunyai salinan yang turut dikongsikan di Facebook miliknya sebelum ini.

Katanya lagi, sebelum ini tidak dapat mengakses akaun miliknya itu selama seminggu.

Perkongsian itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Rata-rata mereka menyangkakan Norazah selama ini hanya mendiamkan diri daripada membuat sebarang posting di Instagram.

"Patutlah lama tak update.

"Welcome back...patutlah tak nampak IG Story.

"Sayangnya, gambar dah kene pada. Alhamdulillah dah dapat balik," tulis sebahagian pengikutnya di ruangan komen.

Akaun Instagram miliknya kini mempunyai 157,000 pengikut.

I'm backkkk ??? My IG got hacked for 1 week.. ? ? got back but he delete some off my pictures but lucky me I saved it n have it in my FB ??

A post shared by Norazah Aziz (@azahmontreal) on


Terdahulu, beberapa artis tempatan lain juga berdepan insiden sama apabila akaun Instagram mereka cuba digodam.

BACA: “Jangan Klik Link Yang Dihantar Ke Direct Message Korang!” – Instagram Selebriti Malaysia Diserang Hackers?

Norazah mendirikan rumah tangga dengan Daud Leroy pada 1994.

Hasil perkahwinan itu pasangan tersebut dikurniakan tiga anak lelaki, Aaron, 24, Ryan, 17, dan Justin, 15.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!