Bengang dengan tindakan peminat Jepun yang tidak berhenti-henti berswafoto di depan pentas, penyanyi antarabangsa Bruno Mars mencampakkan tualanya tanda amaran.

Pada mulanya peminat yang merupakan seorang pelakon dan model Jepun, Moeka Nozaki leka merakamkan swafoto biarpun Bruno telah memberikan isyarat agar berhenti.

Permintaan Bruno tidak diendahkan hingga Bruno rasa terganggu dan menganggap Nozaki tidak menghormatinya dan penonton lain.

Selepas tidak mengendahkan amaran Bruno, penyanyi itu memberikan isyarat tangan agar berhenti melakukan perbuatan itu namun gagal.

Akhirnya, Bruno membaling sehelai tuala kepada pelakon itu dalam keadaan marah.

Tindakan Bruno dianggap Nozaki sebagai tanda hadiah penyanyi yang popular dengan lagu 24K Magic itu dan berkongsi kegembiraannya di Instagram.

Selain mengundang rasa jengkel dalam kalangan penonton, peminat Bruno di Jepun menggesa Nozaki membuat permohonan maaf berhubung kelakuaannya.

Bruno dalam siri jelajah Konsert 24K Magic World Tour dan bakal singgah di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 9 Mei ini.

Susunan oleh: Amri Hassan
Sumber: Koreaboo