Geram Dengan Kecaman Netizen, Che Ta Ajak A Aida Buat Group 'Laki Kami Muda Bergetah'

Kamaruddin Razal
Julai 18, 2018 22:13 MYT
Pelakon cantik, Rozita Che Wan, 45, membidas sikap netizen yang mengecam penerbit Datuk A Aida, 48.
Timbul isu sesetengah pihak mengecam Aida yang bakal berkahwin dengan pelakon baru, Wan Ariff Aziz, 29, pada Sabtu ini.
Wanita yang mesra disapa sebagai Che Ta ini menyokong tindakan Aida yang ingin mendirikan masjid menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.
Antara yang ditulis oleh Che Ta diruangan kapsyen entri tersebut ialah:
"Aida nak kahwin dengan lelaki elok muda letup getah baru lagi, lepas tu ramai pula kecam! Ramai pula cakap tak sedar dirilah, tua ganyutlah.
"Kami nak cakap, biar lantaklah dia tu nak kahwin dengan getah muda ke, epal muda ke, mempelam muda ke, yang penting tak kacau suami orang dan dia kahwin dengan lelaki single ya, bukan rampas suami sesiapa.
"Kami pun kahwin dengan lelaki muda elok meletup, okay je. Hahaha. Yang anda nak kecam-kecam dia, seolah-olah dia ambil suami orang pula," tulis Che Ta.
Terkenal dengan sikapnya yang suka bergurau, Che Ta sempat mengajak Aida menubuhkan kumpulan 'Suami Kami Muda Bergetah'.
Rata-rata pengikut laman Instagram Che Ta bersetuju dengan pendapat pelakon drama komedi Kiah Pekasam itu.
Ramai netizen sependapat dengan Che Ta dan menyokong tindakan Aida berkahwin dengan lelaki muda asalkan lelaki itu bujang dan tidak berstatus suami orang.
Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Che Ta & Wan Ariff
#Rozita Che Wan #A. Aida