Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Geram, Marah, Sedih Semua Ada! 4 Babak Dalam 'Rindu Awak Separuh Nyawa' Ini Memang Buat Orang Resah

Amri Hassan 23/04/2021 | 04:50 MYT
Drama Rindu Awak Separuh Nyawa (RASN) semakin meresahkan penonton dengan beberapa konflik bermula episod 17 lalu.
Nazril sudah mula meninggalkan Maisara selepas tahu akan pertaruhan yang sudah dirancang sejak awal!
Lebih tegang apabila ada beberapa insiden dan individu sekeliling yang menyebabkan Maisara semakin berserabut.
Berikut Gempak senaraikan empat babak penuh dramatik RASN yang tidak patut anda lepaskan sepanjang episod 17 hingga 20.
1. Kak Munah vs Kak Esah
Pertelingkahan antara Kak Munah dan Kak Esah semakin menjadi-jadi.
Dalam episod 17, Kak Munah dan Kak Esah bertikam lidah memerli satu sama lain.
Kak Esah (Aleza Shadan) menuduh Kak Munah (Noorkhiriah) menjaja cerita buruk mengenai anaknya, pada masa sama menghina keluarga Kak Munah.
Kak Munah tempelak semula Kak Esah! Tapi ada ayat makan dalam pada penghujung babak ini yang anda patut tengok.
2. Nazril tinggalkan Maisara sebab dah tahu pasal pertaruhan tu
OMG! Nazril (Shukri Yahaya) dah tinggalkan nota untuk Sara (Uqasha Senrose) dan bersetuju untuk berpisah selepas papa Sara pulang.
Kata Nazril dia mahu pulangkan Sara kepada keluarganya dengan cara terhormat sekali!
Nazril pun dah tahu dia sebenarnya menjadi pertaruhan. Arghhh! Suspens episod 18 ni...
Tapi macam mana Nazril dapat tahu mengenai pertaruhan tu? Siapa cerita?
3. Berita kematian Datuk Raqib papa Maisara
Papa Sara, Datuk Raqib meninggal dunia sebab sakit jantung!
Sara tak sempat berjumpa dengan arwah papanya yang sepatutnya pulang ke rumah lagi dua minggu.
Aduh! Episod 19 ni boleh bikin sebak bila tengok Sara merintih-rintih menyesal dan rindukan papa dia.
4. Apa niat Nurul Huda bagitahu pasal betting tu dekat Nazril?
Geramnya!!! Nurul Huda (Marsha Milan) ni tak padan dengan bertudung litup, tapi mulut dia... Hmm!
Nurul Huda ni pandai korek rahsia daripada keluarga Sara pasal Nazril dijadikan pertaruhan sebelum berkahwin dengan Sara.
Tapi sebenarnya semua berubah selepas kemalangan.
Apa lagi plan Nurul Huda ni?
Nak tahu apa lagi konflik yang menimpa hubungan Maisara dan Nazril, tonton episod selanjutnya dalam Rindu Awak Separuh Nyawa.
Drama Rindu Awak Separuh Nyawa ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam menerusi slot Megadrama di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
#Uqasha Senrose #Shukri Yahaya #noorkhiriah #Rindu Awak Separuh Nyawa #Babak #Aleza Kasim #RASN
;