Selepas seminggu ditayangkan, filem Dekatnya Cinta menerima pelbagai respon positif daripada penonton dan warga maya.

Rata-rata meluahkan rasa serta emosi mereka selepas menonton filem yang menampilkan peneraju hebatnya Datuk Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa.

“Suka…Geram..Sedih semua ada… Lama tunggu sejak tahun 2017,” komen salah seorang netizen.

“Geram saya tengok lepas tu terbawa-bawa ke mimpi,” luah salah seorang penonton.

“Sakit hati lah dengan Adam, ntah apa-apa..Ego tinggi melangit,” kata salah seorang seorang warga maya.

Filem dari cerita kesinambungan drama hit Adam & Hawa itu ditayangkan Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 sejak 13 Mei lalu.

Dekatnya Cinta mengisahkan tentang pasangan suami isteri Adam Mukriz dan Ain Hawani hidup bahagia sehinggalah hadir orang ketiga, Zulaika (Farah Nabilah). Adam Mukriz mula beralih arah kerana Ain Hawani tidak dapat memberi tumpuan pada keluarga disebabkan sibuk dengan kerjaya dan menyambung pengajian.

Keadaan bertambah rumit apabila Adam Mukriz ternampak Ain Hawani menerima sejambak bunga bersama Profesor Yusoff (Datuk Fazley Yaccob). Diselubungi rasa marah dan cemburu, Adam Mukriz telah melafazkan cerai. Bermulalah perjalanan hidup baru buat mereka berdua dalam berdepan dengan pelbagai dugaan.

Saksikan filem Dekatnya Cinta yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 13 Mei 2021.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)