Pelakon, Datin Seri Paduka Eina Azman meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir netizen yang memberikan kolen negatif terhadap wajah suaminya, Datuk Seri Paduka Kaiser Gurmeet.
Rupa bukan jaminan rumah tangga harmoni
Advertisement
Eina menerusi satu klip potongan siaran langsung di TikTok berkata rupa paras bukan perkara yang menjamin keharmonian rumah tangga.
“Kalau handsome sekali pun kalau malas kerja buat apa. Kalau handsome harap muka sahaja tapi bini kena kerja pagi siang malam buat apa?
“Kalau handsome tapi player, buat apa? Korang nak handsome tapi tak boleh hidang makanan atas meja, lepas tu pergi kat luar mengorat perempuan lain.
“Yang muka buruk pun tak sedar diri, lagi muka handsome betul tak? Maaf kalau ada yang tak boleh terima. Saya daripada dulu kalau handsome dimata kita pun itu dah cukup,” tegasnya.
Dalam pada itu Eina berkata dia tidak perlukan pengesahan orang lain tentang perkara yang berkaitan dengan suaminya.
Bagaimanapun kata Eina, suaminya tidak mengambil serius terhadap komen yang diberikan namun sebagai isteri dia tetap terkesan dengan kritikan negatif yang diberikan.
“Yang cakap-cakap pasal suami saya tidak kacaklah, macam orang bangla, awak tu cantik dan kacak sangat ke?
“Saya geram bila baca komen negatif. Bila tunjuk dekat suami saya, dia ketawa saja.
“Tapi saya sebagai seorang isteri terkesan kerana suami saya tidak kacau kalian pun,” ujanrya.
Terdahulu, Eina berkahwin dengan Kaiser pada 31 Ogos 2014 dan dikurniakan cahaya mata kembar iaitu Aubrey dan Karl yang kini berusia sembilan tahun.