Pelakon Shukri Yahaya menjelmakan watak seorang pemuda yang mempunyai masalah mental dalam dalam telefilem Citra Exclusive, 'Peraturan, Ikut Atau Mati'.

Menerusi telefilem terbabit yang ditayangkan sempena bulan seram Citra, ia mengangkat subjek menarik iaitu peraturan jalan raya.

Ala sweet sweet jugak Owdy dengan Fatin ni. Telemovie Peraturan, Ikut Atau Mati akan ditayangkan pada Sabtu, 5 Oktober 2019, 9 malam serentak di Astro Ria 104 & RiaHD 123 serta Astro Citra 131 dan CitraHD 126! Lakonan mantap: @shukriyahaya @therealsaraali @fauzinawawi_new @shahhazvee @fazlinaahmaddaud

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on


'Peraturan, Ikut Atau Mati' mengisahkan mengenai Owdy (Shukri Yahaya), seorang pemuda yang memiliki masalah mental sejak kecil kini menjadi pembunuh bersiri yang memburu orang-orang yang melanggar peraturan jalan raya dengan mengambil hati mereka.

Owdy yang kehilangan isterinya Fatin (Sara Ali) ketika dalam perjalanan ke hospital kerana ambulans yang dinaiki mereka tersekat dalam kesesakan lalu lintas kerana ramai orang yang menggunakan laluan kecemasan.

Akibat marah dan dendam dengan kehilangan Fatin, masalah mental Owdy kembali dan dia memburu mereka yang menghalang laluan kecemasan serta mereka yang melanggar peraturan jalan raya.

Tambahan lagi, jelmaan Fatin sentiasa ada bersama Owdy untuk meminta dia mencari pembunuh sebenar Fatin.

JANGAN LANGGAR PERATURAN JALAN RAYA! KALAU TAK KENA BUNUH!!! . #Peraturan Ikut Atau Mati akan ditayangkan serentak di #AstroRia & #RiaHD . Owdy buat ni semua untuk Fatin. Fatin bagitahu siapa lagi Owdy patut bunuh asalkan Fatin tak tinggalkan Owdy. . Telefilem Peraturan Ikut Atau Mati Sabtu , 9 malam tayangan serentak di #AstroCitra131 , #CitraHd126 , Astro Ria 104 & RiaHD 124 #citraexclusive #Siapasalahkenadenda #IkutAtauMati Lakonan mantap: @shukriyahaya @therealsaraali @fauzinawawi_new @shahhazvee @fazlinaahmaddaud

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on


Tanpa disedari, Owdy telah tersalah membunuh orang yang tidak bersalah! Apakah kesudahan yang terjadi kepada Owdy?

Selain Shukti dan Sara, 'Peraturan, Ikut Atau Mati' turut membariskan pelakon hebat seperti Fauzi Nawawi, Shah Hazvee, Fazlina Datuk Ahmad Daud dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan 'Peraturan, Ikut Atau Mati' yang bakal disiarkan Sabtu ini, 5 Oktober 2019, jam 9 malam di Astro Citra (131) dan Citra HD (126).

'Peraturan, Ikut Atau Mati' juga akan disiarkan serentak di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

JANGAN LANGGAR PERATURAN JALAN RAYA! KALAU TAK KENA BUNUH!!! . #Peraturan Ikut Atau Mati akan ditayangkan serentak di #AstroRia & #RiaHD . Orang-orang yang suka langgar peraturan jalan raya ni memang patut mati!!! . Telefilem Peraturan Ikut Atau Mati Sabtu , 9 malam tayangan serentak di #AstroCitra131 , #CitraHd126 , Astro Ria 104 & RiaHD 124 #citraexclusive #Siapasalahkenadenda #IkutAtauMati Lakonan mantap: @shukriyahaya @therealsaraali @fauzinawawi_new @shahhazvee @fazlinaahmaddaud

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on