Get A Life Dude! - Dituduh Jalin Hubungan Dengan Datuk Red, Nonny AF Tak Suka Publisiti Murahan

Fiza Kamarudin
Ogos 29, 2017 03:53 MYT
Nama bekas pelajar Akademi Fantasia musim kelima yang kini merupakan seorang aktres, Nonny Nadirah kembali hangat selepas dirinya dikaitkan dengan suami kepada penyanyi Adira, Datuk Red.

Menerusi laporan sebuah portal, Red atau nama sebenarnya, Adnan Abu mengakui yang dirinya menjalinkan hubungan rapat dengan seorang pelakon wanita bernama 'N'.

Red juga mengakui hubungan tersebut sudah berlangsung beberapa bulan lalu. Namun begitu, perkenalan tersebut berakhir selepas dihidu oleh Adira.

Dituduh sebagai aktres yang menjalinkan hubungan dengan Red, Nonny tampil meluahkan rasa kesal menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.

Sebelum ini, nama Red yang mempunyai dua orang isteri menjadi sebutan selepas didakwa menjalin hubungan dengan aktres Ruhainies.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

#Penyanyi #Penyanyi #Nonny AF