Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar positif COVID-19 dan kini menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Nurul Izzah mengesahkan perkara itu menerusi satu hantaran di media sosial pada Khamis selepas menerima laporan ujian yang dilakukannya.

"Saya telah menerima laporan ujian PCR yang menunjukkan saya positif COVID-19, namun memandangkan kami sudah menjalankan kuarantin kendiri sejak 6 Februari, kami akan meneruskan home surveillance order (HSO) dan melakukan yang terbaik bagi melindungi Safiyah (anak) daripada terkena jangkitan.

Selain daripada simptom ringan biasa (lesu, hidung berair dan sakit otot atau sendi), alhamdulillah kami dalam keadaan baik," katanya.

Menerusi hantaran itu, Nurul Izzah menjelaskan, berdepan COVID-19 ternyata bukanlah situasi yang mudah untuk dilalui.

"Ia mengimbau memori ketika saya mengalami demam denggi, walaupun tidak begitu teruk untuk dibandingkan.

"Ternyata, amat penting untuk kita terus dilindungi menerusi vaksinasi. Syukur, kita semua telah berjaya melengkapkan dos vaksinasi dan saya berharap agar kesemua kita dapat diberikan tahap perlindungan yang sama, insya-Allah," katanya lagi.

Sementara itu di ruangan komen, ramai yang mendoakan Nurul Izzah segera sembuh daripada penyakit tersebut.

A post shared by Nurul Izzah Anwar (@n_izzah)