Kumpulan nasyid Hijjaz mengakui mereka tertekan diberikan tugasan untuk menyanyikan lagu rap di konsert akhir Gema Gegar Vaganza (GGV).
Dianggotai oleh Munif, Isman, Faizal dan Ariffin, Hijjaz berjaya meraih tempat naib juara. Kumpulan UNIC berjaya meraih gelaran juara manakala Mirwana berada di tempat ketiga.
"Tugasan untuk menyanyikan lagu rap di segmen battle sememangnya memberikan kami tekanan. Kami bukannya muda seperti Mirwana, UNIC dan yang lain.
"Kami juga takut apa persepsi orang apabila mereka mengatakan yang ustaz menyanyikan lagu rap. Namun begitu, kami ketepikan semua itu. Sudah namanya pun pertandingan.
"Lagu rap yang disampaikan pun mempunyai mesej yang bagus. Kami juga diyakinkan oleh adik-adik kami dari kumpulan nasyid lain. Akhirnya, kami menyahut cabaran tersebut dan menyampaikan dengan sebaik mungkin," kata Munif kepada Astro Gempak.
Berada di kedudukan kedua, kurang satu mata berbanding kumpulan UNIC yang menjuarai GGV, Hijjaz menganggap semuanya adalah ketentuan rezeki.
"Cuma selisih satu mata sahaja. Rezeki kami di GGV hanya di tempat kedua. Apa yang penting, kami mempunyai misi tersendiri apabila menyertai program ini.
"Kami mahu menaikkan kembali fenomena nasyid dan mahu ramai orang kenal dengan genre muzik ini. Alhamdulillah, semenjak adanya GGV, ramai yang mula membuka mata semula," kata Isman pula.
Konsert akhir Gema Gegar Vaganza disiarkan bermula jam 9.00 malam di Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135) pada Ahad lalu.
Bersiaran secara langsung di Pusat Konvensyen CIDB Cheras, Gema Gegar Vaganza menampilkan Siti Nordiana, Achey dan Fikri Lawak Solo sebagai pengacara.
Selain itu, komposer terkemuka, Farihin Abdul Fattah bersama pelakon terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi menggalas tugas sebagai juri tetap Gema Gegar Vaganza.
Untuk konsert akhir, tugas juri undangan disandang oleh penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza.
Jika anda terlepas menonton konsert mingguan GGV, mahu menonton video-video persembahan peserta dan ingin mendapatkan lebih info mengenai program ini dan, layari laman web www.gemagegarvaganza.com.my atau gunakan hashtag #GemaGegarVaganza untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Kamaruddin Razal
Tue May 23 2017
Isu Individu Terpijak Paku Ketika Jogging, Netizen Syak Si Pelaku Pekerja Bengkel
Seorang individu mengalami kecederaan ketika berlari apabila ada individu lain yang tidak bertanggungjawab bertindak menanam paku di sepanjang jalan Rawang, Selangor pada Sabtu.
Sheriff: 9 Hari Tayangan, Kaut RM28 Juta! Siap Ada Yang Repeat, Tak Bosan Tonton Beberapa Kali
Cayalah Sheriff!
Sarah Yasmine Tetap Sudi Kahwin Aliff Aziz
Siapa Sarah Yasmine? Betul ke dia merupakan kekasih gelap pelakon dan penyanyi Alif Aziz?
Sarah Yasmine Dedah Nama Skandal Aliff Aziz Yang Lain??| Motif Trending
So, selama ni boyfriend Ruhainies yang tanggung semuanya? So Ruhainies ada 2 boyfriend la eh? Ke macam mana ni? Makin panas kisah skandal Aliff Aziz dan kekasih gelapnya, Sarah Yasmine ni. Ish pening lah! Jom layan dulu full interview sekarang.
GMW: Lancang Bethol
Eksklusif di semua platform Astro Gempak
#GMW: Lancang Bethol
#LancangBethol
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
GMW: Lancang Bethol
Eksklusif di semua platform Astro Gempak
#GMW: Lancang Bethol
#LancangBethol
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
Netizen Lega Sarah Yasmine Tak Kenal Nadhir Nasar - “Alhamdulillah Nadhir Clean"
Pendedahan yang dibuat Sarah Yasmine baru-baru ini mengejutkan ramai pihak.
“Nafkah Anak Tak Bagi Walaupun RM350, Dengan Alasan Sebab Ex Dah Kahwin” - Ubai
Suami kepada Shila Amzah, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai berkongsi satu hantaran mengenai nafkah anak di platform X.
“Aliff Suka Plan Date Dekat…” Individu Tanpa Nama Ini Dedah Lokasi Kegemaran Aliff Aziz Jika Mahu Berdating
Terbaharu, seorang individu tanpa nama tampil mendedahkan lokasi kegemaran Aliff Aziz apabila mahu ‘berdating’ dengan skandalnya.
Lelaki Selamba Bawa 10 Ekor Anaconda Dalam Beg Dari Thailand Ke India
Tanpa rasa takut, seorang lelaki membawa 10 ekor ular jenis Anaconda dalam beg yang dibawa naik ke pesawat sewaktu ‘terbang’ dari Bangkok, Thailand dan selamat mendarat di Bengaluru, India.
Bapa Ditangkap Curi Sekotak Susu Demi Anak Menangis Kelaparan, Kedai Beri 13 Yang Baru!
Demi anak yang kelaparan, seorang bapa sanggup melakukan apa sahaja termasuk mencuri sekotak susu.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Bestnya!