Berita

GGV: Senioriti Bukan Satu Kelebihan - Hijjaz

Kamaruddin Razal
16/05/2017
12:00 MYT
Kumpulan nasyid Hijjaz tidak menganggap usia penglibatan mereka dalam bidang nyanyian menjadi satu kelebihan di pentas akhir Gema Gegar Vaganza (GGV).
Dianggotai oleh Munif Ahmad, 43, Isman Nadim Isam, 48, Mohd Faizal Osman, 44 dan Muhammad Ariffin Ahmad, 38, Hijjaz bakal menyanyikan lagu mereka sendiri, Fantamorgana di pentas akhir.
"Usia penglibatan kami yang lebih senior berbanding kumpulan lain bukan menjadi satu kelebihan.
"Semua kumpulan berusaha dengan kuat dan memberikan persembahan kreatif saban minggu.
"Kami tetap akan berusaha sehabis baik untuk memberikan persembahan memukau di pentas akhir," kata Ariffin mewakili Hijjaz.
Turut terpalit dengan kontroversi, Hijjaz mempunyai misi tersendiri dalam memartabatkan kumpulan nasyid.
"Kami ada matlamat tersendiri. Penglibatan kami dalam GGV adalah untuk memartabatkan irama nasyid. Sudah lama irama nasyid tidak mendapat perhatian ramai seperti apa yang dipaparkan dalam GGV.
"Memang wujud kontroversi, tetapi jika diperhatikan, lebih ramai yang memberi sokongan berbanding mereka yang memberi kutukan.
"Kami berharap agar mereka yang menonton GGV mengambil mesej positif menerusi setiap persembahan yang dipaparkan," katanya lagi.
Konsert akhir Gema Gegar Vaganza akan bersiaran pada Ahad, 21 Mei, jam 9.00 malam di Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).
Bersiaran langsung di Pusat Konvensyen CIDB Cheras, Gema Gegar Vaganza menampilkan Siti Nordiana, Achey dan Fikri Lawak Solo sebagai pengacara.
Selain itu, komposer terkemuka, Farihin Abdul Fattah bersama pelakon terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi menggalas tugas sebagai juri tetap Gema Gegar Vaganza.
Jika anda terlepas menonton konsert mingguan GGV, mahu menonton video-video persembahan peserta dan ingin mendapatkan lebih info mengenai program ini dan, layari laman web www.gemagegarvaganza.com.my atau gunakan hashtag #GemaGegarVaganza untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jamal Abdillah, Hijjaz Bakal Serikan IDEA Awards 2023!

gempak
25/10/2023
11:27 MYT
Raja pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah antara penghibur yang bakal menyerikan majlis penganugerahan berprestij ‘Islamic Distinguished Entrepreneur’ (IDEA Award 2023) pada 3 November depan.
Laman Utama

Menang Tiket Ke Konsert Lima Rukun Di ZAYAN, Ini Cara-Caranya!

gempak
08/09/2023
05:49 MYT
Peraduan dibuka dari sekarang hingga 12 September di laman rasmi Zayan.
Laman Utama

Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica & Daqmie Bakal Jayakan Konsert 5 Rukun 15 September Depan!

gempak
21/07/2023
12:52 MYT
Tak sabarnya!
Laman Utama

“Kami Tak Berpecah, Munif Tiada Sebab…” - Lama Tak Nampak, Jangan Salah Faham, Hijjaz Masih Ada

gempak
29/09/2022
04:30 MYT
Hijjaz masih wujud
Laman Utama

Lepas 5 Tahun, Hijjaz Muncul Dengan Single Duet Bersama Rapper

gempak
22/03/2021
04:27 MYT
Ada Kmy Kmo dengan Luca Sickta lah.