Laman Utama

Gigi Hadid Mengaku Bawa Marijuana Ke Pulau Cayman

gempak
Maliah Surip
19/07/2023
12:20 MYT
Sponsor Banner
Gigi Hadid Mengaku Bawa Marijuana Ke Pulau Cayman
Supermodel Gigi Hadid mengejutkan dunia hiburan apabila ditahan kerana memiliki dadah jenis Marijuana di Pulau Cayman.
Penahanan tersebut berlaku selepas pihak berkuasa kastam menggeledah bagasinya sebelum menemui sejumlah kecil marijuana, di Lapangan Terbang Antarabangsa Owen Roberts lapor E!Online.
Menurut kronologi kes, Gigi datang ke Pulau Cayman menaiki jet peribadi bersama kawannya pada 10 Julai lalu.
Penemuan Marijuana tersebut telah membuatkan Gigi ditahan dan dibawa ke pusat tahanan.
Gigi dan kawannya kemudian didakwa atas pemilikan dadah pada 12 Julai lalu.
Mereka mengaku bersalah sebelum membayar denda sebanyak $1,000.
“Gigi telah pergi bercuti dengan membawa dadah jenis Marijuana yang dibeli secara sah di New York.
“Pembelian tersebut juga mempunyai lesen perubatan,” kata kenyataan yang dikeluarkan pihak model tersebut.
Kenyataan tersebut juga mendakwa: “Ia juga sah digunakan atas tujuan perubatan sejak tahun 2017.
“Jadi rekod Gigi bersih dan sedang menikmati percutiannya di pulau tersebut.”
Foto; IG Gigi Hadid
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024